Penghulu Doa

"Ya Allah kurniakan kami seluruh kebaikan ketika di dunia, dan seluruh kebaikan ketika di akhirat serta jauhkan kami daripada api neraka"

MUDAHNYA JADI AHLI

MUDAHNYA JADI AHLI
NIKMATI POTONGAN 20% DISKAUN BARANGAN JIKA ANDA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI DAN SEHINGGA 30% KEUNTUNGAN JIKA ANDA BERBISNES.

Monday 28 April 2014

Uban - Adakah Satu Masalah?

Assalamualaikum :)

Semalam, saya dan orang jauh bercerita tentang uban. Dia memberitahu yang dia mempunyai uban yang di bahagian atas telinga dan baru-baru ni uban dia jadi banyak. 


Zaman sekarang bukan sahaja orang tua yang beruban. Muda-muda pun dah ada. Terus saya google bagaimana uban boleh terjadi seawal usia yang muda.

Uban terjadi apabila sel melanosit tidak mampu menghasilkan pigmen (melanin) sehingga rambut menjadi kehilangan warna.

Bila kita meningkat dewasa kebolehan menghasilkan melanin mula berkurangan. Jadi kepala akan dipenuhi uban. Tetapi jika uban terjadi pada usia seawal belasan tahun tu kena tengok faktor-faktor yang mempengaruhinya.

Antara faktor nya adalah genetik. Ia diwariskan daripada ibu atau bapa dan informasi rambut putih telah memang terdapat dalan gen. 


Kekurangan nutrisi seimbang juga boleh menganggu pengeluaran pigmen. Nutrisi seperti Protein, Vitamin B,  Zat besi dan Zink penting dalam kesihatan rambut. Zink diperlukan untuk proses pembentukan rambut. Zat besi berguna untuk penyerapan oksigen dan nutrisi pada akar rambut. 

Uban terjadi kerana terdapat gangguan sintesis protein. Dengan mengambil makanan tinggi protein seperti soya, kekacang seperti almond ianya dapat memastikan sistem pembinaan sel berlaku dengan lebih berkesan.

Vitamin B pula membantu memperbaharui folikel folikel yang baru akibat mati kerana rambut rosak. Ia juga menjaga kelembapan rambut dengan melancarkan pengeluaran minyak.

Pengambilan ubat-ubatan seperti ubat malaria juga boleh menyebabkan kemunculan uban. Jika kita mengalami tekanan juga uban akan cepat keluar. Pengambilan vitamin B juga dapat membantu mengurangkan stress.

Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok juga boleh mempercepat penumbuhan uban. Amalkan gaya hidup sihat dan lakukan senaman serta mengambil makanan seimbang dapat melambatkan proses pengeluaran uban.

Jadi adakah uban satu masalah? kesimpulannya tidak jika ia tumbuh pada waktunya :)

Jika berminat untuk dapatkan set rambut sihat, boleh hubungi saya ya !


Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Distr.
SMS/Whatsapp: 018-7749845
Email: meen2425@gmail.com
Website: alkisahyasmin.blogspot.com

*Produk di atas tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.
** Tulisan diolah dan diinspirasi dari sini dan sini

Wednesday 23 April 2014

Kurus Dengan Cinch Shake Mix

Assalamualaikum :)

Seperti yang kita ketahui protein merupakan salah satu vitamin penting dalam proses penurunan berat badan.

Protein berfungsi untuk mengekalkan jisim otot supaya anda tidak kehilangan otot semasa menurunkan berat badan. Apabila anda kehilangan otot, metabolisme tubuh menurun dan tubuh akan hilang keupayaan untuk membakar lemak.

Dengan kepentingan ini, shaklee telah membangunkan produk yang berasaskan protein dalam menjadikan proses penurunan badan lebih mudah dan baik tanpa kehilangan otot.

CINCH SHAKE MIX





✔ Cinch merupakan campuran protein dengan Leusina.

✔ Leusina berfungsi untuk meningkatkan jisim otot, membaikpulih otot selepas bersukan, mengawal gula dalam darah dan memberikan tenaga kepada tubuh.

✔ Leusina merupakan salah satu asid amino yang diperlukan untuk membina protein.

✔ Mengandungi 24 gram protein dalam setiap hidangan dan memberi rasa kenyang.

✔ Mengandungi serat yang tinggi.

✔ Mempunyai nilai glisemik yang rendah untuk mengekalkan paras gula normal dalam darah dan mengekalkan tenaga.

✔ Memberikan 35% atau lebih nilai harian bagi 21 jenis vitamin dan mineral penting.

✔ Pastinya tiada pengawet, perisa, pewarna tiruan.

Bersumberkan soya yang tidak diubahsuai genetiknya (NON-GMO).

✔ Terbukti secara klinikal cinch shake membantu orang yang bersenam secara teratur memiliki 25% lebih banyak otot dan hilang 50% lemak badan.

✔ Didatangkan dengan 3 perisa Vanilla, Coklat dan Cafe latte. Sesiapa yang tidak berapa suka rasa ESP boleh try Cinch.

✔ Pemangkin dalam pemecahan dan pembakaran lemak dan kolestrol.

✔ Bagi breastfeeding mom dan pregnant lady, TIDAK BOLEH mengambil Cinch tetapi anda boleh gantikan dengan ESP.

✔ Boleh bancuh as meal replacement untuk breakfast or lunch or dinner sebab di dalamnya telah cukup karbohidrat, protein dan semua zat yang diperlukan oleh tubuh.


Apa yang penting dalam penurunan berat badan adalah:

** Jangan skip meal. Makan kerap tapi dalam kuantiti sedikit.

** Jaga pengambilan kalori dalam setiap diet anda. Kalau anda ambil slimming set sekalipun tapi makan makanan berkalori tinggi, kesannya mesti jadi lambat kan?

** Pengambilan air yang banyak 2-3 liter untuk flush out semua lemak yang telah dipecahkan.

** Exercise untuk tingkatkan metabolisme badan.

** Konsisten dalam pengambilan dang jangan mudah berputus asa. Amalkan secara konsisten sekurang-kurangnya 3 bulan.


Berminat untuk mencuba Set Slimming Shaklee, boleh hunbungi saya :)

Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Dsitr.
018-7749845

Monday 21 April 2014

Kenali 6 Jenis Vitamin Untuk Bakar Lemak

Assalamualaikum :)

Sebelum ni korang dah baca berkenaan dengan 3 perkara untuk kuruskan badan kan? Yang belum baca entry tu boleh baca disini ye.

Daripada entry hari tu, kita dapat rumuskan bahawa untuk kurus kita memerlukan 3 perkara penting iaitu buang/ detoks, bakar/burn dan bina/ build selain daripada bersenam untuk mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan.


sumber: google

Jom saya kenalkan dengan 6 supplemen yang boleh mencairkan lemak.

1. VITAMIN D

✔ Kajian menunjukkan Vitamin D membantu memastikan sel badan peka dan bertindak balas terhadap insulin yang dikeluarkan oleh pankreas,

✔ Fungsi insulin untuk meningkatkan penyerapan glukosa oleh sel badan. Semakin tinggi sensitiviti sel terhadap insulin semakin banyak glukosa yang akan dibakar menjadi tenaga daripada tersimpan menjadi lemak.

✔ Kekurangan Vitamin D boleh menganggu salah satu hormon iaitu leptin. Hormon leptin bertindak menghantar signal ke otak untukmemberi isyarat berhenti makan apabila sudah kenyang.


2. KALSIUM

✔ Kan dah kata diorang ni kawan karib, kalau ada vitamin D mesti ada sekali kalsium :)

✔ Kedua-duanya bertindak bersama-sama untuk membakar lemak.

✔ Kalsium disimpan di dalam sel lemak, sesetengah penyelidik berfikir bahawa semakin banyak kalsium dalam sel lemak semakin banyak lemak yang boleh keluarkan oleh sel untuk di bakar.

✔ Kalsium juga membantu dalam penurunan berat dengan mengikat lemak pada GI tract seterusnya menghalang lemak daripada diserap ke dalam salur darah.


3. PROTEIN

✔ Memberika rasa kenyang yang berpanjangan

✔ Protein membantu mengekalkan jisim otot anda walaupun berat badan dah turun. Jadi takdelah nampak menggelebeh je bila dah kurus.

✔ Kajian daripada University Illinois menunjukkan wanita yang mengambil protein 2 kali sehari kehilangan 3.9 peratus berat badan berbanding wanita yang kurang mengambil protein.



4. OMEGA 3 FATTY ACID

✔ Omega-3 membantu menurunkan berat badan dengan menghidupkan enzim yang mencetuskan pembakaran lemak di dalam sel

✔ Mampu meningkatkan mood dan mengawal pemakanan yang disebabkan oleh emosi.

✔ Meningkatkan signal leptin didalam otak.


5. MONOUNSATURATED FATTY ACID (MUFAs)


✔ Sejenis lemak yang terdapat minyak zaitun, kekacang,  avocado, mentega kacang

✔ Meningkatkan pembakaran kalori dalam 24 jam dengan 0.1 peratus dan pembakaran lemak sebanyak 0.04 peratus selepas 6 bulan.

✔ Dalam makanan yang tinggi MUFAs, ianya dapat memaintainkan gula dalam darah dan mengurangkan nafsu makan.


6. POLYPHENOLS


✔ Merupakan antioxidant yang terdapat dalam teh hijau yang menjadikannya ianya satu minuman yang sihat

✔ Minuman untuk meningkatkan metabolisme badan. Minum 2-4 cawan teh hijau sehari bole membantu membakar 50 kalori sehari.

✔ Satu kajian mendapati teh hijau dapat menyekat kenaikan berat badan dan mencegah sindrom metabolic apabila kita makan makanan yang tinggi lemak

✔ Disarankan untuk minum apabila terbit rasa nak makan sesuatu walaupun sebenarnya kita tak rasa lapar. Ianya dapat membantu mengurangkan keinginan terhadap makanan (saya dah cuba dan memang berkesan ! hihi)

Selamat bakar lemak ye kawan2! :)


BERMINAT UNTUK DAPATKAN SET SLIMMING SHAKLEE:
ANDA BOLEH PILIH MANA2 MENGIKUT BAJET ANDA 
^__^

Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Distr.
018-7749845

Sunday 20 April 2014

5 Fakta dan Auta Tentang Tahap Kesuburan

Assalamualaikum :)

Bagaimana hendak mengukur tahap kesuburan seseorang? Adakah dengan kitaran haidnya? Ada yang kata kalau kitaran haid kita 28 hari maksudnya kita subur. Hurmm. Banyak faktor yang boleh mempengaruhi kesuburan.


Berikut merupakan auta dan fakta tentang kesuburan (sumber dari majalah iSIHAT April 2014):

AUTA 1: HAID SAYA TERATUR MAKSUDNYA SAYA SUBUR 

FAKTA: Masalah haid tidak teratur adalah disebabkan pelbagai masalah seperti PCOS atau stress. Oleh itu jika haid anda teratur, ini tak bermakna anda bebas daripada sebarang masalah kesuburan lain seperti tiub falopio tersumbat, masalah tulang rahim dan sebagainya.

AUTA 2: SAYA JAGA KESIHATAN, MAKA KESUBURAN JUGA TURUT TERJAGA

FAKTA: Memang kita di sarankan untuk menjaga kesihatan dan mengambil makanan yang berkhasiat mengikut pola makanan untuk mudah mengandung. Tetapi tidak bermakna anda boleh mengandung dengan mudah. Masalah dalaman juga kadang kala menjadi halangan.

AUTA 3: SAYA PERNAH HAMIL, JADI TIADA MASALAH JIKA INGIN HAMIL LAGI

FAKTA:Tak semestinya bila pernah hamil, selepas itu tiada masalah untuk hamil lagi. Usia salah satu faktor yang boleh mempengaruhi kesuburan. Semakin meningkat usia, semakin rendah tahap kesuburan dan peluang untuk mengandung juga rendah.


AUTA 4: KETIDAKSUBURAN MERUPAKAN MASALAH KAUM WANITA SAHAJA

FAKTA:Bukan wanita sahaja yang kena subur. Lelaki juga kena subur. Jadi, para lelaki sekalian jangan mudah salahkan wanita. Sebaik-baiknya, kedua-duanya lelaki dan wanita hendaklah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.



AUTA 5: KITARAN HAID YANG TERATUR ADALAH 28 HARI

FAKTA: Tiada kitaran haid yang tepat. Tubuh setiap orang berbeza-beza. Ada yang mengalami kitaran haid yang panjang dan ada yang pendek. Kitaran haid yang normal adalah 28 hari.


Lihat 11 tips mudah hamil dan set kesuburan dari SHAKLEE di sini :)

Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Distr.
018-7749845

5 Tips Bakar Kalori Di Tempat Kerja

Assalamualaikum :)

Saya nak share tentang artikel yang saya baca dari Majalah iSIHAT keluaran April berkenaan tips bakar kalori di tempat kerja.

Ce bakor ! ce bakor ! Ni bukan bakor umah yeop, ni bakor kalori nak kuruskan badan hehe =P

1. Berdiri setiap 30 minit.

Macam pelik je kan nanti orang tengok kejap2 diri kejap2 diri. Korang kesah orang tengok ke korang kesahkan badan korang yang mencanak-canak naik tu? hihi. Dengan berdiri je sebanyak 100 kalori boleh dibakar.

2. Berdiri semasa menjawab panggilan telefon.

Sape yang kejenya banyak jawab telefon boleh lah try. Boleh selim melim uolls. hehehe

3. Berjalan ke meja rakan anda daripada sekadar intercom, mesej atau whatsapp.

Yang ni selalu jugak buat. sebab line telekom kat ofis selalu problem. hahaha. Berjalan walaupun jaraknya dekat pun boleh bakar kalori tau :)



4. Letak bakul sampah jauh daripada meja anda supaya anda boleh bangun dan bergerak.

Boleh suggest kat bos-bos korang tak payah sediakan bakul sampah sorang satu kat setiap meja, letak satu je kat pantri ke biar semua orang buang sampah kat situ. hehehe

5. Isi separuh sahaja botol air anda atau gunakan gelas. Ia merupakan alasan terbaik untuk selalu kembali ke pantri mengisi air (bukan ke pantri untuk makan ha !)



Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Distr.
018-7749845

Thursday 17 April 2014

5 Langkah Kurangkan Simptom PMS

Assalamualaikum :)

Apa itu PMS?



PMS adalah salah satu sindrom yang dialami oleh wanita ketika kedatangan haid. Menurut kajian, sebanyak 75% wanita mengalami masalah PMS ini mengalami simptom-simpton seperti:

1. Perubahan mood
2. Cepat marah
3. Kemurungan
4. Sentiasa resah
5. Pengumpulan cecair dalam badan (fluid retention)
6. Kembung
7. Payudara menegang
8. Keinginan terhadap benda manis
9. Sakit kepala
10. Gangguan tidur/tak boleh tidur

Lebih kurang 20 % wanita yang mengalami PMS yang teruk memerlukan rawatan perubatan manakala lebihan 8% mengalami simptom PMS yang melampau dan boleh membawa kepada penyakit yang dikenali sebagai Premenstrual Dysphoric Disorder (PMDD).

PMS ni atau bahasa melayunye senggugut memang bila dah kena tu satu kerja pun tak boleh nak buat. Tapi ada juga sebahagian wanita yang tidak pernah mengalami PMS ni walaupun datang period. Kate orang kalau wanita yang selalu alami senggugut tu lepas kahwin senggugut tu boleh hilang sendiri. betul ke? saya tak kawin lagi jadi tak tau hihi.

Apa punca sebenar senggugut atau PMS ni?
Hormon.

Dr. Mark Hyman kata, bila hormon tak seimbang, level hormon estrogen kita akan meningkat dan hormon progesteron akan menurun secara relatif. Hormon progesteron fungsinya untuk menyokong kehamilan. Hormon ini akan meningkat semasa proses ovulation. Jadi bila tiada persenyawaan/wanita tidak mengandung, hormon progesteron akan menurun dan terjadilah pendarahan yang dinamakan darah haid.

Disebabkan penurunan paras hormon progesteron inilah yang menyebabkan wanita mengalami simptom-simptom PMS seperti kejang perut, tak boleh tidur, sakit kepala, rasa loya, moody dan lain-lain seperti yang disebut diatas.

Jadi wanita-wanita sekalian mari tingkatkan kualiti hidup kita dengan 5 langkah berikut:

1. Ubah diet anda

Berhenti makan makanan yang diproses, kurangkan gula, kurangkan benda berkafein, seimbangkan makanan manis dengan makan makanan tinggi protein seperti protein shake, telur, mentega kacang untuk sarapan. 


Korang boleh cuba ESP shaklee kerana mengandungi potein soya yang tinggi.

Makan sekerap mungkin dalam kuantiti yang sedikit dan tidak skip makan utama. Banyakkan makanan berserat tinggi seperti kekacang, makan makanan yang kaya dengan omega 3 seperti ikan salmon.

2. Melakukan senaman

Lakukan senama kerana ianya boleh menyeimbangkan hormon dan sudah tentu menjadikan kita bertambah sihat. Ambil masa sekurang-kurangnya 30 minit dan lakukannya 4-5 kali seminggu.

3. Atasi tekanan/stress

Cuba atasi tekanan yang di  alami dengan pergi berurut di spa untuk relaxkan otot, manjakan diri, buat senaman, tarik nafas dalam-dalam, banyakkan berdoa dan tenangkan diri.

4. Pengambilan Supplemen/Makanan Tambahan

Pengambilan beberapa supplemen, vitamin juga telah menunjukkan dapat membantu mengurangkan PMS dengan meningkatkan fungsi metabolik dan metabolisme hormon. Antaranya:

Vitamin yang membantu mengurangkan PMS


  • Magnesium citrate atau glycinate- membantu mengurangkan kejang (Ostematrix)
  • Kalsium citrate - bertindak  bersama-sama magnesium dalam proses pengecutan otot (Ostematrix)
  • Vitamin B6- diambil bersama folic acid dan vitamin B12 untuk kurangkan stress (B Complex)
  • GLA- membantu menyeimbangkan hormon (GLA Complex)
  • Omega 3- membantu melancarkan peredaran darah (Omega Guard)
  • Multivitamin- membekalkan semua nutrisi untuk keperluan tubuh badan (Vitalea with Iron Formula)
  • Isoflavone dari soya- membaik pulih detoksifikasi estrogen dengan meningkatkan aktiviti enzim detox tertentu (ESP Soy Protein)

5. Terapi alternatif

Korang juga boleh cuba untuk buat terapi alternatif macam akupunktur ke homeopathy ke. Satu ujian klinikal menunjukkan homeopati individu berkesan merawat PMS.

Shaklee juga mengeluarkan rangkaian vitamin seperti yang telah di highlightkan. Produk shaklee dijamin:

✔ HALAL
✔ DIUJI SECARA KLINIKAL DAN TERBUKTI BERKESAN
✔ DILULUSKAN KKM
✔ BERSUMBERKAN SUMBER SEMULAJADI

Jika anda ingin meningkatkan kualiti hidup dan berminat untuk berkenalan dengan shaklee, 

SMS/PM/WHATSAPP : 018-7749845

DAPATKAN APRIL INI SAHAJA

=============OSTEMATRIX=============

BELI 6 PERCUMA 1

Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Distr.

*Produk yang dipaparkan tidak bertujuan untuk merawat,  mendiagnos, mengubat, atau mencegah sebarang penyakit.
**Sumber tulisan ini diambil dari sini


Sunday 13 April 2014

Supplement Bukan Sekadar Ikutan, Beli dan Makan

Assalamualaikum :)

Haii korang !! Sihat tak? sekarang musim tak menentu. Jadi korang kena jaga kesihatan dan pastikan minum air yang cukup :)

Zaman sekarang ni macam-macam produk yang ada di pasaran untuk mencantikkan, menguruskan badan, menyihatkan jantung, meningkatkan imun sistem badan, menguatkan sendi dan tulang dan macam-macam lagilah. Tapi ramai yang tidak tahu tentang konsep pengambilan supplement atau makanan tambahan.

Meh saya terangkan.


Gambar Hiasan


1. Anda perlu tahu kenapa anda ambil supplement.

Penting untuk korang tahu kenapa anda ambil supplement ni supplement tu. Sebabnya bila korang tau sebab hasilnya akan seperti yang korang nak. Contoh korang penat, stress,letih, jadi korang nak ambil B complex untuk tambahkan tenaga dan kurangkan stress.

2. Anda tak perlu supplement jika diet pemakanan harian anda seimbang. 

Kalau korang rasa dah cukup seimbang makanan harian, contohnya pemakanan korang tiap2 hari korang ikot piramid makanan. Sajian semua memang tip top, ada sayur ada buah protein cukup, karbohidrat cukup, tak makan fastfood, minum cukup air. Jadi supplement DAH TAK PERLU. Real food is always better than process food right? Supplement pun sebenarnya kategori process food sebab dia melalui pelbagai peringkat untuk dijadikan sebiji tablet.

Tapi masalahnya sekarang ni ada ke macam tu? baru nampak set baru KFC keluar kat tv besoknya dah cari (macam kena je batang hidung sendiri) hahaha.

3. Mesti amalkan gaya hidup sihat walaupun anda ambil supplement.

Bila korang dah amalkan supplement bukan maksudnya korang dah sihat. dah tak payah senam tak payah nak jaga makan. Salah konsep tu. Supplement bertujuan untuk menambah baik kesihatan kita. Jadi lebih baik di samping kita makan supplement kita tukar gaya hidup kita juga kan? Kalau selalu minum teh biasa apa kata kita tukar green tea pulak. Tinggi antioksidan tu. Kita cuba memperbaiki gaya hidup kita.

4. Sentiasa tanam dalam fikiran supplement BUKAN untuk merawat penyakit. 

Sesetengah orang fikir bila makan supplement ni semua penyakit dia ada boleh baik. Salah tu. Supplement ni bukan untuk merawat penyakit. Yang merawat tu ubat. Kalau ada darah tinggi still kena makan ubat preskripsi dari doktor. Tak boleh berhenti macam tu je even kita makan supplement.

Ada orang kata makan ubat untuk jangka masa panjang tak bagus. Sebab tu bila dah makan supplement dah taknak makan ubat. Salah tu makcik pakcik oi. Makan supplement Omega 3 tu bagus. Omega 3 tu untuk mengurangkan risiko kena serangan strok dan supaya darah tinggi tu tak jadi lebih teruk. Kena selalu monitor bila kita makan supplement. ada tak kurang bacaan darah tingginya. Sebab tu digalakkan ada satu BP monitor kat rumah. Bila datang checkup doktor tengok reading bagus mungkin doktor akan kurangkan dos ubat darah tinggi tu. Tu pun step by step. Bukan berenti terus je macam tu je ye.

Gambar Hiasan

5. Berusaha dan bertawakal atas apa jua yg kita makan agar memberi kesan yg baik.

Hendaklah kita sentiasa berdoa supaya apa jua makanan yang kita ambil akan memberi manfaat dan kesan yang baik kepada kesihatan kita.

6. Sentiasa konsisten dalam pengambilan dan ambil pada masa yg betul.

Pengambilan supplement hendaklah konsisten dan sekurang-kurangnya berterusan sehingga 3 bulan untuk mendapatkan kesan yang diingini. Jangan baru ambil 2-3 minggu tak nampak kesan, dah salahkan produk plak. Dah kate testimoni tipu. Kate seminggu makan nampak kesan ni dah dekat sebulan takde pun. Kena ingat ye akak, abang, cik, puan, mak cik, pakcik, semua orang mempunyai proses metabolism badan yang berbeza dan kesan juga haruslah berbeza.



7. Mesti tau keadaan kesihatan badan sebelum ambil apa2 supplement.


Penting untuk korang tahu tentang badan sendiri apa yang korang alergi, korang ada sakit berkenaan darah ke tak dan macam-macam lagi. Lagi bagusla kalau korang dapat konsult dari doktor. Itu yang terbaik sebenarnya. Contoh macam orang yang ada SLE diorang tak boleh amek Alfalfa sebab pesakit ini mempunyai sistem imun yang aktif. Alfalfa boleh meningkatkan sistem imun badan dan boleh menyebabkan penyakit ini jadi lebih teruk.

8. Sentiasa positif dan tidak berputus asa.

Jangan mudah putus asa jika supplement yang anda ambil tidak menunjukkan kesan. Cuba kaji balik apa yang menyebabkan ianya tidak berkesan. Sentiasa positif dan optimis.



9. Minum air sekurang-kurangya 8 gelas sehari atau 2-3liter. Tak ambil supplement pn kena minum banyak jugak kan.


Makan supplement ke tak makan ke kena jugak minum banyak air kan. Sebab air sangat penting untuk tubuh. Sebahagian besar tubuh adalah air. Cumanya kalau anda makan supplement air akan memudahkan penyerapan supplement tersebut ke dalam tubuh.




10. Kalau boleh pilih supplement yg bersumberkan sumber semulajadi.

Supplement yang berasaskan sumber semula jadi lebih mudah diserap ke dalam tubuh kerana tubuh kita juga adalah semulajadi. Secara logiknya bila kedua-dua unsur semulajadi bertemu ianya akan mudah bergabung macam kawan. Kalau kita jumpa kawan yang sekepala dengan kita akan mudah bergaul kan?

Saya Pilih Shaklee ! Bagaimana dengan anda? :)





Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Dist.
018-7749845



Saturday 12 April 2014

Kawan Karib Kalsium

Assalamualaikum :)

Sape kata manusia je yang boleh ada kawan karib? Semua benda kat dunia ni diciptakan saling lengkap melengkapi dan berpasang-pasangan. Ada laut ada darat, ada perempuan ada lelaki, ada siang ada malam, ada matahari ada bulan, ada cantik ada hodoh, ada kuat ada lemah, ada pemimpin ada yang dipimpin. Macam-macam lagilah.  Cantikkan Allah cipta dunia ni? :)

Begitu juga dengan Kalsium. Ia tidak akan bertindak dengan lebih efisyen kalau tiada kawannya bersama-sama iaitu Vitamin D dan juga Magnesium.

Magnesium




Kalsium dan Magnesium merupakan nutrient asas yang perlu diseimbangkan pengambilan kedua-duanya untuk memberikan kesan kesihatan yang terbaik untuk tubuh. Keduanya adalah mempunyai sifat bertentangan tetapi saling melengkapi seperti duit syiling yang mempunyai kepala dan bunga.

Magnesium bersama-sama kalsium akan menyeimbangkan prosen pengecutan dan pengembangan otot.
Kalsium mengecutkan otot dan Magnesium akan merehatkan otot.


Macam mana kedua-dua ni berkaitan? Apabila kalsium masuk ke dalam sel dan magnesium keluar dari sel maka tekanan darah arteri berkurangan dan otot berada dalam keadaan rehat. Pada keadaan ini paras magnesium di luar sel adalah lebih tinggi di luar sel berbanding di dalam sel. Paras kalsium di dalam sel pula lebih tinggi di dalam sel berbanding di luar sel.



Antara fungsi lain magnesium adalah menggiatkan aktiviti 300 jenis enzim dan memainkan peranan dalam penjanaan tenaga (pembinaan adenonosin triphosphate). Ia juga diperlukan bagi mengawal paras kalsium selain kuprum, zink, kalium, vitamin D dan pelbagai nutrien penting dalam tubuh.



Berikut merupakan gejala-gejala jika anda kekurangan magnesium:



1. Kejang otot, menggigil, kelesuan
2. Sindrom pre-menstrual
3. Migrain
4. Stress
5. Rintangan insulin.

Sebenarnya peranan magnesium sangat tinggi dalam tubuh. Tapi ramai yang ambil mudah akan perkara tersebut. 



Vitamin D

Sekarang mari kita kenal dengan kawan karib yang kedua pulak.

Vitamin D mempunyai peranan penting dalam kesihatan tubuh seperti mencegah diabetes, penyakit jantung, kemurungan dan juga kanser.

Pada September 2008, Food & Drug Administration (FDA) membuat pengubahsuaian dalam pengurangan risiko Osteoporosis dengan menekankan kepentingan vitamin D dimana apabila digabungkan dengan kalsium akan menggalakkan kesihatan tulang dalam jangka masa panjang.

Aturan pelabelan yang diubahsuai menjelaskan vitamin D diperlukan untuk penyerapan kalsium. Fungsi utama vitamin D adalah memelihara kadar kalsium dan fosfat. Ianya membantu penyerapan dan penyimpanan kalsium oleh tubuh.

Sumber terbaik vitamin D adalah matahari. Walau bagaimanapun, keadaan matahari sekarang dah tak macam dulu. Sebaliknya ambillah makanan yang tinggi kandungan vitamin D seperti kuning telur, hati lembu, cereal dan susu.

Orang kata tak kenal maka tak cinta. Jadi dah kenal kan? hehe. Jika anda nak pilih supplement untuk kuatkan tulang, pilih yang ada magnesium dan vitamin D. Ini dapat mengurangkan risiko terjadi nya batu karang. Walau bagaimanapun setiap supplemen yang anda ambil hendaklah diiringi dengan doa dan minum air sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari.

Jom selamatkan tulang anda ! :)

 Dapatkan Ostematrix hanya April ini 
 Beli 6 Percuma 1 
 Ostematrix lebih dari kalsium 


Pm/Whatsapp:
Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Distr.
018-7749845





Saturday 5 April 2014

Kalsium Meningkatkan Metabolisme Badan

Assalamualaikum :)

Pertama sekali nak wish million congratulations to both of you kawan zaman sekolah dulu Azie dan Shikin kerana telah selamat melahirkan bayi-bayi yang sangattttt lah comel. Aunty geram ok. Aunty can't wait to see you lil babies :). Sorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Beza baby cuma selang sehari. Alhamdulillah. Permata yang tidak ternilai yang telah Allah anugerahkan kepada mereka. Semoga jadi anak yang soleh dan solehah ye babies. Dan tak sabar jugak nak tengok my own anak buah end of this year InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan jalan kepada kedua-dua kakak iparku :)

Ok sekarang baru masuk tajuk.

Soalan: Kalsium boleh tingkatkan metabolisme badan dan seterusnya smembantu mengurangkan berat badan?
Jawapan: Ya.

Apa itu Metabolisme?

Metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga ataukalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah. Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda. -KEVIN ZAHRI

Metabolisme badan di pengaruhi oleh 3 perkara iaitu:

1) Komposisi Badan
2) Genetik
3) Umur

Lebih lanjut boleh baca di blog Kevin Zahri.

Ada banyak cara untuk meningkatkan metabolisme badan. Salah satunya adalah dengan pengambilan Kalsium dan Vitamin C

Kajian menunjukkan kekurangan kalsium dalam tubuh menyebabkan badan berpaut pada lemak.yang sebenarnya boleh dibakar. Orang-orang yang mengambil lebih banyak kalsium menggunakan lebih banyak lemak sebagai bahan bakar. 

Pengambilan kalsium yang mencukupi dapat mengubah metabolisme sel-sel lemak dan menyebabkan banyak lemak yang dibakar dan dipecah untuk menjadi tenaga daripada di simpan. Secara ringkasnya Kalsium adalah pembakar lemak.

Antara hidangan kalsium yang korang boleh ambil boleh refer sini.

Vitamin C pula membantu penyerapan kalsium ke dalam tubuh dengan lebih baik.

Jika korang bukan penggemar makanan bersusu dan sayur-sayuran sepert brokoli dan kiwi cara mudah dengan pengambilan supplemen kalsium Ostemarix dimana khasiatnya:



Dengan harga serendah RM 61 sebotol anda boleh dapati khasiatnya selama sebulan. Jimat kan?

Jadi PM/Whatsapp saya untuk maklumat lanjut ya ! 

Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Distr.
018-7749845


Thursday 3 April 2014

Wanita Mudah Alami Masalah Osteoprosis

Assalamualaikum :)

Ramai yang dah tau kan Osteoprosis adalah salah satu penyakit tulang secara umumnya. Secara detailnya osteoprosis ni adalah penyakit tulang poros iaitu tulang hilang ketumpatan dan struktur tulang menjadi tidak normal. bahasa senang nak pahamnya tulang nipis. Gambar kat bawah ni paling jelas untuk korang paham. 
sumber dari google

Ha cuba tengok? ngeri kan kalau tulang kita macam tu? lobang-lobang macam tu. terpeleot (perkataan apa entah ni haha) sikit je habis hancur semua tulang. Nak jadi macam tu? Saya tak nak. huuu ngeri.

Tulang berfungsi untuk menyokong tubuh badan, melindungi organ-organ dalaman seperti jantung, paru-paru, dan memudahkan pergerakan. Jadi bila tulang dah rapuh, macam mana nak sokong badan kita kan? sebab tu badan boleh membongkok dan kita akan hilang posture badan.

[FAKTA] Wanita paling mudah alami Osteoprosis-National Osteoprosis Foundation

Antara puncanya: 

1. Tulang wanita lagi kecil dan nipis berbanding lelaki
2. Hormon estrogen yang membantu melindungi tulang berkurangaan apabila wanita semakin menghampiri peringkat menopause.

Risiko untuk mendapatkan penyakit osteoprosis adalah bergantung kepada umur dan latar belakang etnik
Wanita caucasion (berkulit putih) lebih mudah untuk mengalami osteoprosis sebab mereka kurang Vitamin D. Sebab tu orang putih ni suka berjemur untuk dapatkan Vitamin D dari matahari. Vitamin D penting untuk menguatkan tulang kerana Vitamin D yang akan mengangkut kalsium ke dalam tulang.

Jadi, sebagai langkah pencegahan kita digalakkan untuk mengambil kasium yang mencukupi dalam diet seharian kita. RDA (Recommended Dietary Allowance) untuk pengmbilan kalsium adalah seperti berikut:

Children (ages 1-3): 500 milligrams per day

Children (ages 4-8): 800 milligrams per day
Youth (ages 9-18): 1300 milligrams per day
Adults (ages 19-50): 1000 milligrams per day
Adults (ages 51 or older): 1200 milligrams per day


Sumber makanan yang kaya dengan kalsium juga boleh didapati dari:


Selain dari kalsium dan Vitamin D, mineral lain seperti magnesium, potassium dan sodium juga penting untuk membantu merehatkan otot-otot. 

Selain dari itu, kita digalakkan untuk membuat pemeriksaan ketumpatan tulang dengan kerap untuk memastikan ketumpatan tulang kita sentiasa berada di paras yang normal. Nak share experience dulu masa kerja kat farmasi. Masa tu farmasi ada buat pemeriksaan ketumpatan tulang percuma. Rata-rata wanita yang buat ujian itu menunjukkan ketumpatan yang tak berapa canik. Yang muda pun ada tulang dah tak tumpat. Haishh bahaya sungguh ni. Tapi peliknya pakcik-pakcik, atuk-atuk yang dah berumur pulak bacaan diorang semua bagus.

Jadi wanita-wanita sekalian, tak kan nak duk diam je kan. Sebelum terlambat baik cegah dulu. 

Shaklee juga ada mengeluarkan produk kalsiumnya iaitu di panggil OSTEMATRIX yang diperkaya dengan Vitamin D dan mineral seperti Magnesium, Zink dan Boron untuk meningkatkan penyerapan kalsium ke dalam tulang.



Produk shaklee:

♥ DIJAMIN HALAL
♥ TERBUKTI BERKESAN DAN DIUJI SECARA KLINIKAL
♥ BERSUMBERKAN SEMULAJADI
♥ SELAMAT-TIADA PEWARNA, TIADA BAHAN KIMIA DAN BAHAN PENGAWET

Jika anda berminat bulan ni ada Promosi Beli 6 Percuma 1. Boleh hadiahkan untuk orang-orang yang tersayang. Tak rugi mencuba. PM/SMS/Whatsapp je ok!

Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Distr.
018-7749845

*Produk ini tidak bertujuan untuk merawat,  mendiagnos, mengubat, atau mencegah sebarang penyakit.
**Sumber tulisan ini diambil dari sini