Penghulu Doa

"Ya Allah kurniakan kami seluruh kebaikan ketika di dunia, dan seluruh kebaikan ketika di akhirat serta jauhkan kami daripada api neraka"

MUDAHNYA JADI AHLI

MUDAHNYA JADI AHLI
NIKMATI POTONGAN 20% DISKAUN BARANGAN JIKA ANDA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI DAN SEHINGGA 30% KEUNTUNGAN JIKA ANDA BERBISNES.

Monday 28 April 2014

Uban - Adakah Satu Masalah?

Assalamualaikum :)

Semalam, saya dan orang jauh bercerita tentang uban. Dia memberitahu yang dia mempunyai uban yang di bahagian atas telinga dan baru-baru ni uban dia jadi banyak. 


Zaman sekarang bukan sahaja orang tua yang beruban. Muda-muda pun dah ada. Terus saya google bagaimana uban boleh terjadi seawal usia yang muda.

Uban terjadi apabila sel melanosit tidak mampu menghasilkan pigmen (melanin) sehingga rambut menjadi kehilangan warna.

Bila kita meningkat dewasa kebolehan menghasilkan melanin mula berkurangan. Jadi kepala akan dipenuhi uban. Tetapi jika uban terjadi pada usia seawal belasan tahun tu kena tengok faktor-faktor yang mempengaruhinya.

Antara faktor nya adalah genetik. Ia diwariskan daripada ibu atau bapa dan informasi rambut putih telah memang terdapat dalan gen. 


Kekurangan nutrisi seimbang juga boleh menganggu pengeluaran pigmen. Nutrisi seperti Protein, Vitamin B,  Zat besi dan Zink penting dalam kesihatan rambut. Zink diperlukan untuk proses pembentukan rambut. Zat besi berguna untuk penyerapan oksigen dan nutrisi pada akar rambut. 

Uban terjadi kerana terdapat gangguan sintesis protein. Dengan mengambil makanan tinggi protein seperti soya, kekacang seperti almond ianya dapat memastikan sistem pembinaan sel berlaku dengan lebih berkesan.

Vitamin B pula membantu memperbaharui folikel folikel yang baru akibat mati kerana rambut rosak. Ia juga menjaga kelembapan rambut dengan melancarkan pengeluaran minyak.

Pengambilan ubat-ubatan seperti ubat malaria juga boleh menyebabkan kemunculan uban. Jika kita mengalami tekanan juga uban akan cepat keluar. Pengambilan vitamin B juga dapat membantu mengurangkan stress.

Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok juga boleh mempercepat penumbuhan uban. Amalkan gaya hidup sihat dan lakukan senaman serta mengambil makanan seimbang dapat melambatkan proses pengeluaran uban.

Jadi adakah uban satu masalah? kesimpulannya tidak jika ia tumbuh pada waktunya :)

Jika berminat untuk dapatkan set rambut sihat, boleh hubungi saya ya !


Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Distr.
SMS/Whatsapp: 018-7749845
Email: meen2425@gmail.com
Website: alkisahyasmin.blogspot.com

*Produk di atas tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.
** Tulisan diolah dan diinspirasi dari sini dan sini

No comments:

Post a Comment