Penghulu Doa

"Ya Allah kurniakan kami seluruh kebaikan ketika di dunia, dan seluruh kebaikan ketika di akhirat serta jauhkan kami daripada api neraka"

MUDAHNYA JADI AHLI

MUDAHNYA JADI AHLI
NIKMATI POTONGAN 20% DISKAUN BARANGAN JIKA ANDA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI DAN SEHINGGA 30% KEUNTUNGAN JIKA ANDA BERBISNES.

Friday 17 January 2014

Betul ke soya memudaratkan kesihatan?

Assalamualaikum J



Persoalan yang selalu bermain di minda saya sehingga sekarang. Saya percaya bahawa anda juga pernah mendengar ramai orang yang mengatakan bahawa soya itu lebih banyak mudarat dari kebaikan. Tak kurang juga yang berkongsi atau bahasa pasarnya mengeshare (tak tau dari mana datang bahasa ni :P) di laman social seperti facebook tentang artikel soya ini.

Dahlah kita ni peminat soya. Tetiba keluar pulak artikel macam ni. Jadi jangan cepat melatah ye kawan-kawan. Google ada sebagai hero untuk menyelesaikan kekususatan anda !!

Setelah puas menggoogle dan mendapati banyak tulisan tentang keburukan soya yang diambil dari satu sumber yang dikopi tampal kan dari satu blog ke blog lain. Pada pendapat saya soya mempunyai banyak kebaikan dari segi khasiatnya yang tinggi dengan protein. Apa yang kita ketahui protien sangat baik diperlukan untuk membentuk tisu yang baru. Selain itu soya a juga kaya dengan sumber zat-zat yang lain seperti kalsium, zat besi, vitamin B dan lain-lain untuk kesihatan.

Saya suka membaca artikel-artikel dari Dr.Zubaidi di mana beliau tidak akan menyatakan sesuatu itu tidak baik tanpa memberi sumber-sumber yang sahih. Dari pembacaan saya soya hanya akan membawa keburukan jika kita tidak mengambilnya dengan betul. Contohnya jika pengambilannya adalah berlebihan. Selain itu soya yang tidak diproses dengan baik juga boleh mendatangkan keburukan kepada si pemakan.


Kesimpulannya, soya tidaklah memudaratkan kesihatan malah memberikan banyak kebaikan kepada kesihatan manusia. Jangan takut untuk makan makanan yang berasaskan soya tetapi jangan  kerana nafsu kita berlebihan makan makanan tersebut seterusnya boleh memudaratkan. Selain daripada itu, kita hendaklah selalu berdoa supaya di jauhkan dari segala bencana, penyakit yang tidak di ingini dan yang paling penting bacalah doa makan atau bismillah untuk di jauhkan dari segala penyakit!  J

Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Dist.
018-7749845