Penghulu Doa

"Ya Allah kurniakan kami seluruh kebaikan ketika di dunia, dan seluruh kebaikan ketika di akhirat serta jauhkan kami daripada api neraka"

MUDAHNYA JADI AHLI

MUDAHNYA JADI AHLI
NIKMATI POTONGAN 20% DISKAUN BARANGAN JIKA ANDA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI DAN SEHINGGA 30% KEUNTUNGAN JIKA ANDA BERBISNES.

Thursday 13 March 2014

3 Perkara Untuk Kurus

Assalamualaikum :)

3 perkara je boleh kurus? biar betol?

Ok nampak sangat muka excited nak tau tu. hahaha. Meh kawan nak cerita 3 cara untuk kuruskan badan.

DETOKS (NYAHTOKSIN)

Ni adalah langkah pertama sekali dalam kaedah menguruskan badan. Sebab apa detoks ni penting? Melalui proses detoks ini atau pun dikenali sebagai nyahtoksin ini, usus dapat dibersihkan daripada lemak, lendir, toksin melalui pembuangan air besar. Badan akan berasa lebih ringan apabila proses penyingkiran toksin dilakukan. Penyerapan nutrien juga menjadi lagi baik.

Detoks boleh dilakukan dengan cara semulajadi. Biasanya program detoks semulajadi dilakukan selama 3-7 hari. Contoh macam ni (yang paling ringkas la):

Hari 1 & 2 : Banyakkan minum air, makan buah-buahan e.g-epal, betik, tembikai susu, nenas, anggur. Elakkan makan buah citrus yang beracidic. Pastu pisang pn elakkan jugak sebab kandungan kanji dia tinggi. Masa ni nak bersihkan usus korang dan bila kita minum banyak air senang toxin tu nak disingkirkan.

Hari 3 & 4: Banyakkan minum air jugak, makan buah-buahan  dan tambah sekali dengan sayur-sayuran. Sayur-sayuran ni korang steam kan, bakar kan ke atau pun blend buat juice. Ni boleh tingkatkan lagi penghadaman.

Hari 5 & 6: Masi hari ni korang boleh tambah dengan protein macam ikan, ayam, telur. TAPI janganlah sekali banyak terus. Mentang-mentang dah 4 hari tak dapat makan korang pun amek sekali 2 ketul ayam. hehehe. Kena sabar ye ! Ambil sikit je. Sayur-sayuran dan buah-buahan korang kena ambil sekali. Yang paling penting banyakkan minum air.

Hari 7: Masa ni korang boleh tambah makanan yang berkarbohidrat macam roti gandum, nasi, tapi dalam kuantiti yang sedikit la. Lepas tu bole ambil sekali dengan dairy food contoh yogurt ke, cheese ke, susu ke. Tapi still kena minum banyak air, makan sayur dan jugak buah-buahan.

Lepas 7 hari korang try timbang berat. Tengok hasilnya camne. hehe. Banyak lagi program detoks yang korang boleh refer. Google kan ada :)

Fyi, tips masa sesuai untuk timbang berat badan menurut kata Kevin Zahri:


Agak berkesan tips ni sebab saya selalu timbang waktu pagi lepas mandi. Hehe. Memang kita boleh monitor berat kita dengan betul.

PEMBAKARAN LEMAK

Kalau nak kurus tu bialah dengan cara kurangkan lemak bukan kita kurang kan air. Betul tak? heee :D

Proses kedua penting adalah pembakaran lemak. Bila kita dah detoks contoh kalau kita buat detoks semulajadi (maksudnya bukan detoks dengan supplement) badan pun dah ringan sikit kan. Jadi badan akan menggunakan lemak-lemak yang tersimpan yang tak tersingkir masa proses detoks sebagai sumber tenaga. Masa ni badan uolls akan rasa letih dan cepat berpeluh. Perpeluhan adalah salah satu proses pembuangan toksin.

Ok itu dari segi pembakaran lemak semasa detoks. Sebenarnya, pembakaran lemak ni lagi cepat berlaku bila adanya bekalan makanan. Ini kerana bila kita makan dengan kerap ia dapat meningkatkan metabolisme badan. Makan kerap tapi dengan kuantiti yang sedikit bukan makan kerap tapi makan banyak ye. Nanti jadi lain. Haha. Kita sebenarnya tidak digalakkan berlapar dalam jangka masa yang lama kerana masa tu takde kalori yang nak dibakar. Jadi disarankan untuk mengambil snek yang mengandungi serat dan protin yang tinggi seperti buah-buahan berserat.

BINA OTOT 

Nak suruh jadi ahli bina badan ke?

Ye bina badan. Tapi bukan jadi ahli bina badan macam Sazali Samad tu. Maksudnya kat sini kita tambah jisim otot-otot badan. Jangan risau penambahan jisim otot ni tidak menyebabkan berat badan naik secara mendadak jika korang makan dengan betul. 

Macam mana nak bina otot? 

Dengan mengambil makanan yang berprotein tinggi macam ikan, daging, ayam, kekacang, tauhu, soya, telur dan lain-lain lagi. Protein berfungsi untuk memperbaiki tisu dan juga membina otot. Jadi bila berat badan dah turun takdelah nampak menggelebeh. Badan akan nampak solid dan tegap.

Kenapa penting bina otot ni?

Kajian mendapati tisu otot membakar lebih banyak kalori berbanding dengan lemak. Orang yang banyak tisu otot mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi. Setiap pound otot menggunakan 6 kalori sehari manakala setiap pound lemak membakar 2 kalori sehari. Jadi otot penting dalam meningkatkan metabolisme badan seterusnya dapat membakar kalori dengan banyak.

Sekarang pun dah ada electronic scale yang boleh baca berat, kandungan lemak, jisim tulang, jisim otot, ada je jual dengan farmasi. Boleh cari senang nak monitor di rumah :)

KURUS DENGAN SET SLIMMING SHAKLEE

Set Slimming Shaklee mempunyai kombinasi 3 cara di atas. 


Walaubagaimanapun, makanan tambahan adalah salah satu usaha kita untuk mencapai berat yang ideal. Senaman dan pemakanan yang sihat serta seimbang juga sangat penting dalam membantu proses penurunan berat badan bukan semata-mata bergantung pada supplement.

Jadi, saya dah berikan apa yang saya mampu untuk membantu anda. Pilihan kini di tangan anda ! :)

Produk Shaklee dijamin:

>> HALAL
>> BERKESAN DAN TELAH DIUJI SECARA KLINIKAL
>> BERSUMBERKAN DARI BAHAN SEMULA JADI
>> TIADA PEWARNA DAN BAHAN PENGAWET

Kalau anda berminat untuk mencuba set slimming ini boleh hubungi saya ya !

Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Distr.
018-7749845

*Produk di atas tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.
** Tulisan diolah dan diinspirasi dari sinisini dan sini

No comments:

Post a Comment