Penghulu Doa

"Ya Allah kurniakan kami seluruh kebaikan ketika di dunia, dan seluruh kebaikan ketika di akhirat serta jauhkan kami daripada api neraka"

MUDAHNYA JADI AHLI

MUDAHNYA JADI AHLI
NIKMATI POTONGAN 20% DISKAUN BARANGAN JIKA ANDA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI DAN SEHINGGA 30% KEUNTUNGAN JIKA ANDA BERBISNES.

Monday 17 March 2014

10 Snek Sihat Ketika di Pejabat

Assalamualaikum :)

Orang kata kerja kat pejabat paling senang nak gemuk sebab kerjanya duduk dan tak memerlukan pergerakan fizikal yang banyak. Then, masa tengah duk buat kerja tu tangan pun buat kerja jugak. suap kerepek la, keropok la, gula-gula la ke dalam mulut. Mana la tak gemuk kan? 



Ingat tak dalam enty kurus yang lepas? Kita tak digalakkan berlapar terlalu lama. Sebab pembakaran lemak berlaku dengan cepat bila adanya makanan. Lagi satu bila perut kosong dan berbunyi tu tandanya minyak-minyak dan lemak-lemak kita tu mintak di bakar. Tapi pastikan makan makanan yang sihat dan bukannya jajan. Ha jajan tu apa? Jajan tu junkfoods la hehe.

Jom tengok 10 Snek Sihat yang boleh buat ngunyah-ngunyah time lapar:

Contoh Snack Sihat

1) Kurma

Kurma kaya dengan protein, vitamin A, Vitamin C, serat, zat galian seperti potassium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah. Antara kajian yang dilakukan kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga kerana kurma mengandungi glukosa yang mampu memberikan tenaga segera kepada badan. 

2) Telur rebus

Paling murah ni. Tak pun kalau pergi kenduri kahwin tu kan ada dapat telur, korang bawak jela pergi pejabat kihkihkih. Telur mengandungi kandungan protein yang tinggi. Sesuai di ambil ketika waktu tea-break (3 ptg-4 ptg). Kenyang sampai waktu balik.

3) Yogurt

Ni pun simple jugak. Tips dari kawan, beli yogurt perisa asli yang bekas besar tu korang boleh simpan kat ofis(kalau ofis ada peti ais la) jadi nak makan boleh cedok sikit-sikit letak dalam cawan. Pastu kalau ada pisang ke buah bery ke kat umah, korang bawak campurkan dalam yogurt tu jadi la yogurt perisa buah. Setiap hari bawak satu buah dah jadi perisa lain-lain kan?

4) Buah badam 

Ramai yang suka makan benda-benda berkacang kan. So why not try makan kacang badam atau kacang walnut. Sebab kacang badam ni rendah sodium dan kolestrol. Kacang badam dan walnut ni mengandungi vitamin E, Kalsium, Potassium, Magnesium dan juga sumber protein dan serat yang baik. Walaupun badam ni rendah kolestrol korang kena jaga-jaga jugak. Jangan sekali satu bungkus korang hadap untuk satu hari tu. Cukup dengan 11 biji je ye. Pandai-pandailah korang kira.

5) Secawan Coklat Panas

Bukan yang 3 in 1 tu ye. No no no!  Ni diperbuat dari susu skim, serbuk koko, pemanis kurang kalori. Hmmm sedap nyee lah hai. Snek ini dapat membekalkan protein dan kalsium kepada badan anda.

6) Dark Chocolate

Malas nak bancuh-bancuh, makan je dark chocolate. Peneliti di Jerman dalam The Journal of the American Medical Association mengatakan dark chocolate kaya dengan flavonoid, menjaga tekanan darah tetap stabil ketika stress. (sumber Majalah rapi). Tapi pastikan korang makan sepotong kecil je sebab ianya mengandungi lemak tepu. 

7) Aprikot kering

Buah aprikotni kaya dengan  zat dan nutrisi penting seperti serat, vitamin A dan C, Magnesium, Zat Besi, Kalsium, dan kaya dengan antioksidan yang dapat mencegah sel daripada rosak. 

8) Roti Gandum dan Peanut butter

Macam sedap je kan. Kombinasi snek ini dapat menstabilkan paras gula. Jadi korang kurang risiko mengalami hypoglycemia (kurang gula dalam darah). Dah sedap tu jangan over sangat haha. Cukup hanya maksimum 2 sudu teh peanut butter untuk disapu di atas roti.

9) Kraker/Biskut

Ini selalunya yang akan orang makan ketika tea break. Di cicah pula bersama kopi atau nescafe panas perghh rasanya bertingkek-tingkek. Haha syok kan ! lagi la duk ofis pastu beraircond. Mantapp !hehe. Ok stop semua imaginasimu !.Nak makan biskut pilih yang plain kraker yang diperbuat daripada gandum mengandungi serat dan vitamin B. Pastu sapu dengan peanut butter, atau celup dalam susu atau yogurt tadi. Pun sedap meh !


10) Buah Epal

Epal juga mengandungi vitamin dan mineral untuk keperluan tubuh, otak dan kesihatan jantung. Ia juga mengandugi kandungan serat yang boleh menyebabkan rasa kenyang dan korang tak makan secara berlebihan.


Jadi dah tau kan. Jom start hidup secara sihat. Saya pun nak cuba snek-snek kat atas ni. Pastinya menarik kan. Jom cuba !


Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Distr.
018-7749845

*Tulisan bersumberkan dari sini dan sini

No comments:

Post a Comment