Penghulu Doa

"Ya Allah kurniakan kami seluruh kebaikan ketika di dunia, dan seluruh kebaikan ketika di akhirat serta jauhkan kami daripada api neraka"

MUDAHNYA JADI AHLI

MUDAHNYA JADI AHLI
NIKMATI POTONGAN 20% DISKAUN BARANGAN JIKA ANDA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI DAN SEHINGGA 30% KEUNTUNGAN JIKA ANDA BERBISNES.

Sunday 23 February 2014

Yang Mana Satu?

Assalamualaikum ! :)

Tulisan berikut mungkin agak menggelikan. Make sure korang dah selesai makan dan minum sebelum membaca. Kalau rasa agak jijik jangan baca okay :)

Pernah tak korang tau ada 7 skala najis. Dan daripada skala tu kita boleh tau yang najis kita sihat atau tak. Korang boleh refer kat gambar bawah ni:

Sumber dari Google

Kalau korang tengok dari carta di atas pun dah tau yang mana satu yang sihat dan yang mana tak kan. Dah tentu yang Type 3 dan 4. Type 1 dan 2 menunjukkan sembelit. Manakala type 5 hingga 7 menunjukkan cirit-birit atau pun diarrhea. Dinasihatkan untuk berjumpa doktor jika buang air lebih dari 3 kali dan bentuknya seperti type 6-7.

Jadi bagaimana untuk mendapatkan bentuk najis yang normal, tak perlu meneran setiap kali ke tandas?

> Minum banyak air sekurang-kurangnya 2.5 hingga 3 liter setiap hari <

Ini merupakan asas utama dalam tubuh badan. Dalam perjalanan makanan ke usus besar, air akan diserap untuk menjadikan najis yang lembut. Badan yang kering boleh menyebabkan sembelit kerana badan akan menyerap apa saja baki air dalam tubuh. 

> Pengambilan serat <

Pengambilan serat penting untuk melancarkan proses pencernaan dan mencegah sembelit. Serat yang tak larut akan membantu menahan air dan menambah berat dan isipadu najis sehingga mudah dikeluarkan. Makanan berserat tinggi boleh didapati dari sayur-sayuran seperti brokoli, kobis, sawi hijau, timun dan bayam manakala dari buah-buahan pulak korang boleh makan betik, pisang, epal, dan nangka.

> Pastikan makan -makanan yang bersih dan dimasak terlebih dahulu <

Yang ini untuk elakkan korang kena cirit birit. Makanan yang tak dibasuh bersih dan tak dimasak mungkin boleh mengaktifkan bakteria yang boleh menyebabkan cirit birit seperti E.coli dan lain-lain lagi. 

> Detoks iaitu nyahtoksinkan badan anda <

Badan yang bertoksin adalah salah satu penyebab kepada masalah ini. Dalam tubuh badan kita, toksin disimpan di dalam hati untuk sebelum di buang. Apabila hati tidak mampu lagi untuk menyimpan toksin, ianya akan disimpan di setiap organ dalam tubuh. Sembelit dan cirit-birit adalah salah satu tanda badan kita bertoksin. Jadi kita digalakkan untuk melakukan detoksifikasi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.

Jika anda nak rasai dan cuba Super Detox Set, jangan ragu-ragu untuk hubungi saya ya. Harga hebat dan tahan lama :)
Set Super Detoks
Yasmin Hashim
SID
018-7749845

No comments:

Post a Comment