Penghulu Doa

"Ya Allah kurniakan kami seluruh kebaikan ketika di dunia, dan seluruh kebaikan ketika di akhirat serta jauhkan kami daripada api neraka"

MUDAHNYA JADI AHLI

MUDAHNYA JADI AHLI
NIKMATI POTONGAN 20% DISKAUN BARANGAN JIKA ANDA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI DAN SEHINGGA 30% KEUNTUNGAN JIKA ANDA BERBISNES.

Sunday 13 April 2014

Supplement Bukan Sekadar Ikutan, Beli dan Makan

Assalamualaikum :)

Haii korang !! Sihat tak? sekarang musim tak menentu. Jadi korang kena jaga kesihatan dan pastikan minum air yang cukup :)

Zaman sekarang ni macam-macam produk yang ada di pasaran untuk mencantikkan, menguruskan badan, menyihatkan jantung, meningkatkan imun sistem badan, menguatkan sendi dan tulang dan macam-macam lagilah. Tapi ramai yang tidak tahu tentang konsep pengambilan supplement atau makanan tambahan.

Meh saya terangkan.


Gambar Hiasan


1. Anda perlu tahu kenapa anda ambil supplement.

Penting untuk korang tahu kenapa anda ambil supplement ni supplement tu. Sebabnya bila korang tau sebab hasilnya akan seperti yang korang nak. Contoh korang penat, stress,letih, jadi korang nak ambil B complex untuk tambahkan tenaga dan kurangkan stress.

2. Anda tak perlu supplement jika diet pemakanan harian anda seimbang. 

Kalau korang rasa dah cukup seimbang makanan harian, contohnya pemakanan korang tiap2 hari korang ikot piramid makanan. Sajian semua memang tip top, ada sayur ada buah protein cukup, karbohidrat cukup, tak makan fastfood, minum cukup air. Jadi supplement DAH TAK PERLU. Real food is always better than process food right? Supplement pun sebenarnya kategori process food sebab dia melalui pelbagai peringkat untuk dijadikan sebiji tablet.

Tapi masalahnya sekarang ni ada ke macam tu? baru nampak set baru KFC keluar kat tv besoknya dah cari (macam kena je batang hidung sendiri) hahaha.

3. Mesti amalkan gaya hidup sihat walaupun anda ambil supplement.

Bila korang dah amalkan supplement bukan maksudnya korang dah sihat. dah tak payah senam tak payah nak jaga makan. Salah konsep tu. Supplement bertujuan untuk menambah baik kesihatan kita. Jadi lebih baik di samping kita makan supplement kita tukar gaya hidup kita juga kan? Kalau selalu minum teh biasa apa kata kita tukar green tea pulak. Tinggi antioksidan tu. Kita cuba memperbaiki gaya hidup kita.

4. Sentiasa tanam dalam fikiran supplement BUKAN untuk merawat penyakit. 

Sesetengah orang fikir bila makan supplement ni semua penyakit dia ada boleh baik. Salah tu. Supplement ni bukan untuk merawat penyakit. Yang merawat tu ubat. Kalau ada darah tinggi still kena makan ubat preskripsi dari doktor. Tak boleh berhenti macam tu je even kita makan supplement.

Ada orang kata makan ubat untuk jangka masa panjang tak bagus. Sebab tu bila dah makan supplement dah taknak makan ubat. Salah tu makcik pakcik oi. Makan supplement Omega 3 tu bagus. Omega 3 tu untuk mengurangkan risiko kena serangan strok dan supaya darah tinggi tu tak jadi lebih teruk. Kena selalu monitor bila kita makan supplement. ada tak kurang bacaan darah tingginya. Sebab tu digalakkan ada satu BP monitor kat rumah. Bila datang checkup doktor tengok reading bagus mungkin doktor akan kurangkan dos ubat darah tinggi tu. Tu pun step by step. Bukan berenti terus je macam tu je ye.

Gambar Hiasan

5. Berusaha dan bertawakal atas apa jua yg kita makan agar memberi kesan yg baik.

Hendaklah kita sentiasa berdoa supaya apa jua makanan yang kita ambil akan memberi manfaat dan kesan yang baik kepada kesihatan kita.

6. Sentiasa konsisten dalam pengambilan dan ambil pada masa yg betul.

Pengambilan supplement hendaklah konsisten dan sekurang-kurangnya berterusan sehingga 3 bulan untuk mendapatkan kesan yang diingini. Jangan baru ambil 2-3 minggu tak nampak kesan, dah salahkan produk plak. Dah kate testimoni tipu. Kate seminggu makan nampak kesan ni dah dekat sebulan takde pun. Kena ingat ye akak, abang, cik, puan, mak cik, pakcik, semua orang mempunyai proses metabolism badan yang berbeza dan kesan juga haruslah berbeza.



7. Mesti tau keadaan kesihatan badan sebelum ambil apa2 supplement.


Penting untuk korang tahu tentang badan sendiri apa yang korang alergi, korang ada sakit berkenaan darah ke tak dan macam-macam lagi. Lagi bagusla kalau korang dapat konsult dari doktor. Itu yang terbaik sebenarnya. Contoh macam orang yang ada SLE diorang tak boleh amek Alfalfa sebab pesakit ini mempunyai sistem imun yang aktif. Alfalfa boleh meningkatkan sistem imun badan dan boleh menyebabkan penyakit ini jadi lebih teruk.

8. Sentiasa positif dan tidak berputus asa.

Jangan mudah putus asa jika supplement yang anda ambil tidak menunjukkan kesan. Cuba kaji balik apa yang menyebabkan ianya tidak berkesan. Sentiasa positif dan optimis.



9. Minum air sekurang-kurangya 8 gelas sehari atau 2-3liter. Tak ambil supplement pn kena minum banyak jugak kan.


Makan supplement ke tak makan ke kena jugak minum banyak air kan. Sebab air sangat penting untuk tubuh. Sebahagian besar tubuh adalah air. Cumanya kalau anda makan supplement air akan memudahkan penyerapan supplement tersebut ke dalam tubuh.




10. Kalau boleh pilih supplement yg bersumberkan sumber semulajadi.

Supplement yang berasaskan sumber semula jadi lebih mudah diserap ke dalam tubuh kerana tubuh kita juga adalah semulajadi. Secara logiknya bila kedua-dua unsur semulajadi bertemu ianya akan mudah bergabung macam kawan. Kalau kita jumpa kawan yang sekepala dengan kita akan mudah bergaul kan?

Saya Pilih Shaklee ! Bagaimana dengan anda? :)





Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Dist.
018-7749845



No comments:

Post a Comment