Penghulu Doa

"Ya Allah kurniakan kami seluruh kebaikan ketika di dunia, dan seluruh kebaikan ketika di akhirat serta jauhkan kami daripada api neraka"

MUDAHNYA JADI AHLI

MUDAHNYA JADI AHLI
NIKMATI POTONGAN 20% DISKAUN BARANGAN JIKA ANDA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI DAN SEHINGGA 30% KEUNTUNGAN JIKA ANDA BERBISNES.

Sunday 20 April 2014

5 Tips Bakar Kalori Di Tempat Kerja

Assalamualaikum :)

Saya nak share tentang artikel yang saya baca dari Majalah iSIHAT keluaran April berkenaan tips bakar kalori di tempat kerja.

Ce bakor ! ce bakor ! Ni bukan bakor umah yeop, ni bakor kalori nak kuruskan badan hehe =P

1. Berdiri setiap 30 minit.

Macam pelik je kan nanti orang tengok kejap2 diri kejap2 diri. Korang kesah orang tengok ke korang kesahkan badan korang yang mencanak-canak naik tu? hihi. Dengan berdiri je sebanyak 100 kalori boleh dibakar.

2. Berdiri semasa menjawab panggilan telefon.

Sape yang kejenya banyak jawab telefon boleh lah try. Boleh selim melim uolls. hehehe

3. Berjalan ke meja rakan anda daripada sekadar intercom, mesej atau whatsapp.

Yang ni selalu jugak buat. sebab line telekom kat ofis selalu problem. hahaha. Berjalan walaupun jaraknya dekat pun boleh bakar kalori tau :)



4. Letak bakul sampah jauh daripada meja anda supaya anda boleh bangun dan bergerak.

Boleh suggest kat bos-bos korang tak payah sediakan bakul sampah sorang satu kat setiap meja, letak satu je kat pantri ke biar semua orang buang sampah kat situ. hehehe

5. Isi separuh sahaja botol air anda atau gunakan gelas. Ia merupakan alasan terbaik untuk selalu kembali ke pantri mengisi air (bukan ke pantri untuk makan ha !)



Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Distr.
018-7749845

No comments:

Post a Comment