Penghulu Doa

"Ya Allah kurniakan kami seluruh kebaikan ketika di dunia, dan seluruh kebaikan ketika di akhirat serta jauhkan kami daripada api neraka"

MUDAHNYA JADI AHLI

MUDAHNYA JADI AHLI
NIKMATI POTONGAN 20% DISKAUN BARANGAN JIKA ANDA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI DAN SEHINGGA 30% KEUNTUNGAN JIKA ANDA BERBISNES.

Sunday 23 March 2014

Vitamin C dan Kecantikan

Assalamualaikum :)

Jom belajar sikit harini berkenaan vitamin C--> ada gaya cikgu tak? hahaha. Verangan jelah kamu ni Yasmin !

Ok straight to the point ye.


Ramai yang tahu vitamin E adalah vitamin untuk kulit. Tahukah anda bahawa vitamin C pun memainkan peranan penting untuk kecantikan kulit, rambut dan dalaman? Meh kenal dengan vitamin C dengan lebih dekat. 

Vitamin C tidak boleh dihasilkan oleh badan dan badan memerlukan vitamin C dalam perkembangan sel dan membaiki tisu. Vitamin C akan hilang semasa melakukan aktiviti seharian kerana, badan tidak menyimpan vitamin C dalam setiap tisunya. Oleh itu, manusia perlu menggantikan vitamin C yang hilang itu dengan pengambilan makanan yang tinggi vitamin C seperti buah-buahn sitrus.

Badan memerlukan vitamin C dalam penghasilan kolagen. Penghasilan kolagen akan menurun apabila umur semakin meningkat. Sebab itu kulit akan cepat berkedut dan kendur akibat kekurangan kolagen dalam badan. Sekarang kan ada macam-macam suntikan nak bagi kulit jadi tegang balik. Salah satunya adalah suntikan vitamin C. 

Dalam mencegah penyakit, Vitamin C bertindak untuk menguatkan sistem imunisasi badan supaya badan tidak mudah diserang penyakit seperti demam, selesema, batuk dan sebagainya. 

Berbalik pada cerita asal tentang kebaikan vitamin C untuk kecantikan:

1) Melindungi kulit dari sinaran uv matahari.

Vitamin C adalah antioksidan yang dapat mencegah daripada serangan radikal bebas yang terhasil akibat daripada pendedahan kepada cahaya matahari yang banyak dan pencemaran alam sekitar. Antioksidan ini dapat melindungi kulit daripada sinaran uv dan kesan akibat terdedah kepada cahaya matahari.

2) Penghasilan kolagen.

Vitamin C merupakan komponen penting dan yang paling asas dalam penghasilan hydroxyproline dan hydroxylysine iaitu kedua-duanya diperlukan untuk mencantumkan molekul yang menghasilkan kolagen. Kesannya dapat kulit lebih tegang dan tona kulit lebih sekata. Kekurangan kolagen menjadikan kulit kusam dan tidak bermaya.


3) Membantu dalam penyembuhan luka.

Badan menggunakan vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak dengan membantu menyembuhkan luka dengan kadar yang lebih cepat. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan membantu menghilangkan parut dengan cepat.

4) Melindungi dari perubahan warna kulit.

Vitamin C melindungi DNA daripada reaksi fotokimia yang boleh membawa kepada kanser, perubahan warna kulit dan sesetengahnya kanser kulit. Ia membantu memudarkan tompok-tompok hitam seperti jeragat.

5) Membaiki tekstur kulit.

Kolagen juga menyediakan struktur yang sihat pada saluran darah untuk sistem vaskular yang sihat. Saluran darah yang berada di bawah lapisan kulit membawa oksigen dan nutrient untuk menjadikan kulit sihat. 


Kita boleh mendapatkan sumber vitamin C daripada makanan seharian kita seperti sayur-sayuran dan juga buah-buahan seperti oren, grapefruit, kiwi, brokoli, strawberi dan tomato. Jika anda dapat mengambil vitamin C yang secukupnya dan diperlukan oleh badan maka anda tidak perlu mengambil suplemen lagi.

Bagi yang kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan, pastinya keperluan vitamin C itu tidak cukup untuk badan. Shaklee menghasilkan Sustained Release Vita-C Plus yang boleh membantu untuk keperluan badan kita seharian.

Keistimewaan Sustained Release Vita-C Plus:


>> kawalan pelepasan secara semulajadi sedikit demi sedikit dalam masa 5 jam, sejam= mkn 1 setengah biji oren.

>> Bioflavonoid -penyerapan lagi baik
>> Bersumberkan bahan semulajadi- vitamin C diekstrak dari kanji jagung.



Produk shaklee dijamin:

♥ HALAL
♥ DIUJI SECARA KLINIKAL
♥ BERSUMBERKAN DARI BAHAN SEMULAJADI
♥ TIADA PEWARNA DAN BAHAN PENGAWET
♥ BERKESAN

Jika anda berminat untuk mendapatkan  Set budget untuk kecantikan = Sustained Released Vita-C Plus + Vita E Complex, boleh hubungi saya dengan PM/Whatsapp ya ! Harga menarik menanti anda dan konsultasi akan diberikan :)

Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Distr.
018-7749845

Saturday 22 March 2014

11 Tips Mudah Hamil

Assalamualaikum :)

Setiap wanita pastinya mengimpikan kehadiran cahaya mata apabila sahnya dia bergelar isteri kepada si suami. Antara cepat atau tidak itu bergantung kepada rezeki yang Allah bagi. Apa yang kita boleh buat berusaha, berdoa dan bertawakal kerana hanya Dia lah yang sebaik-baik perancang :)

Berikut adalah 11 tips untuk meningkatkan kesuburan seterusnya hamil dengan cepat dari Dr. Raja Juhaidah:

1) Faham bagaimana kehamilan terjadi.

Wanita yang mempunyai haid yang teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari. Jika dalam masa yang sama berlaku hubungan, sperma dari faraj akan berenang ke dalam rahim dan bertemu dengan ovum yang menunggu di tiub fallopio kemudian persenyawaan pun terjadi. Telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan terjadi kehamilan.

2) Jumpa doktor.

Perkara paling penting. Pastikan diri kita bebas dari masalah kesihatan seperti cyst, fibroid, atau endometriosis dimana penyakit ini kerap dikaitkan dengan kesukaran untuk mendapat anak. Penyakit-penyakit ini tidak mempunyai sebarang tanda-tanda dan gejala menyebabkan wanita sukar untuk mengesan dari awal. Dengan membuat pemeriksaan awal dan dikesan mempunyai penyakit ini, rawatan yang berkesan mungkin dapat diberikan dan dapat mengelak dari masalah sukar hamil.

3) Dapatkan berat badan ideal.

Berat badan juga boleh mempengaruhi kesuburan. Kawal berat badan anda sesuai dengan ketinggian anda. Kira BMI anda dan BMI antara 20-24 menunjukkan berat anda adalah optimal.

4) Ketahui waktu subur anda.

Wajib tau waktu subur anda. Peluang untuk hamil lebih tinggi jika anda tau bila waktu subur anda. Hari subur cuma 4-5 hari. Bagi wanita yang mempunyai haid yang teratur, hari suburnya dapat dikira dengan tetap. Tanda-tanda hari subur adalah seperti suhu badan meningkat, lendir serviks lebih licin dan senak perut. Jika haid tidak teratur agak sukar untuk mengira hari subur dengan tepat. Berjumpalah dengan doktor atau pakar untuk mengetahui bila hari subur anda. Kit ovulasi juga boleh didapati di farmasi untuk meramal masa ovulasi dengan tepat.

5) Hubungan seks yang kerap.

Berhubunglah dengan kerap semasa waktu subur untuk hamil dengan cepat. Posisi juga memainkan peranan penting. 

6) Tingkatkan kesuburan suami.

Bukan sahaja wanita yang perlu subur. Para suami juga mesti mempunyai kesihatan yang baik dan mengamalkan gaya hidup sihat untuk memastikan kesihatan reproduksi berada pada takat optimal.
Elakkan dari merokok, dan minum minuman keras kerana ianya boleh menjejaskan sperma.

7) Mengambil vitamin.

Setiap wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko kecacatan pada janin. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

Shaklee juga ada menyediakan set persediaan hamil untuk wanita dan kesuburan untuk lelaki.


SET UNTUK WANITA


SET KESUBURAN LELAKI

8) Bersenam secara rutin

Bersenam adalah cara yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan secara menyeluruh dan lebih bersedia menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9) Mengambil makanan yang seimbang

Pengambilan makanan yang seimbang sangat penting terutamanya apabila wanita mengalami masalah ovulasi dan ianya berkait rapat dengan PCOS iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dan ia menambah lagi kesukaran untuk hamil. Dengan mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka dan seterusnya kembali berovulasi secara semulajadi. Antara amalan pemakanan sihat yang boleh diamalkan:
  • Amalkan makan lemak monounsaturated contoh boleh terdapat dalam minyak zaiton, mentega kacang, coklat, dan avocado. Kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan segera)
  • Lebihkan protein dari sayuran seperti soya dan kurangkan makan daging.
  • Makan makanan yang berfiber tinggi seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
  • Kurangkan gula dan karbohidrat seperti nasi, mee, bihun
  • Kurangkan makanan berasaskan susu spt ais krim, whole milk dan keju.

10) Kurangkan tekanan

Masalah tekanan juga boleh dikaitkan dengan ketidaksuburan. Oleh itu, buatlah aktiviti-aktiviti yang santai dan relaks dan dapat mengurangkan tekanan anda seperti beriadah, memasak, membaca, mendengar muzik, berspa, menghabiskan masa bersama keluarga, beromantik bersama suami, menonton wayang, dan banyak lagi.

11) Jauhi dadah, merokok dan minum minuman keras

Sebagai orang Islam kita dilarang melakukan sesuatu yang boleh merosakkan diri. Perkara-perkara seperti ini bukan sahaja membahayakan kesihatan malahan ianya memberi kesan negatif kepada tahap kesuburan dan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi semasa kehamilan. Pastikan ubat-ubatan adalah selamat di makan dan juga limitkan minuman kopi.


Walau bagaimanapun, setiap usaha yang dilakukan hendaklah diringi dengan doa yang tidak putus kepada Allah. Amalkanlah surah-surah untuk mudah mendapatkan zuriat dan rajin-rajinkanlah bersedekah kepada orang yang memerlukan. Setelah itu bertawakal dan berserah kepada-Nya. InsyaAllah akan dipermudahkan.

Jika anda berminat untuk mencuba Set Kesuburan Shaklee, jangan segan untuk pm/Whatsapp saya ya. Saya akan cuba membantu anda mana semampu saya :)

Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Distr.
018-7749845

Monday 17 March 2014

10 Snek Sihat Ketika di Pejabat

Assalamualaikum :)

Orang kata kerja kat pejabat paling senang nak gemuk sebab kerjanya duduk dan tak memerlukan pergerakan fizikal yang banyak. Then, masa tengah duk buat kerja tu tangan pun buat kerja jugak. suap kerepek la, keropok la, gula-gula la ke dalam mulut. Mana la tak gemuk kan? 



Ingat tak dalam enty kurus yang lepas? Kita tak digalakkan berlapar terlalu lama. Sebab pembakaran lemak berlaku dengan cepat bila adanya makanan. Lagi satu bila perut kosong dan berbunyi tu tandanya minyak-minyak dan lemak-lemak kita tu mintak di bakar. Tapi pastikan makan makanan yang sihat dan bukannya jajan. Ha jajan tu apa? Jajan tu junkfoods la hehe.

Jom tengok 10 Snek Sihat yang boleh buat ngunyah-ngunyah time lapar:

Contoh Snack Sihat

1) Kurma

Kurma kaya dengan protein, vitamin A, Vitamin C, serat, zat galian seperti potassium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah. Antara kajian yang dilakukan kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga kerana kurma mengandungi glukosa yang mampu memberikan tenaga segera kepada badan. 

2) Telur rebus

Paling murah ni. Tak pun kalau pergi kenduri kahwin tu kan ada dapat telur, korang bawak jela pergi pejabat kihkihkih. Telur mengandungi kandungan protein yang tinggi. Sesuai di ambil ketika waktu tea-break (3 ptg-4 ptg). Kenyang sampai waktu balik.

3) Yogurt

Ni pun simple jugak. Tips dari kawan, beli yogurt perisa asli yang bekas besar tu korang boleh simpan kat ofis(kalau ofis ada peti ais la) jadi nak makan boleh cedok sikit-sikit letak dalam cawan. Pastu kalau ada pisang ke buah bery ke kat umah, korang bawak campurkan dalam yogurt tu jadi la yogurt perisa buah. Setiap hari bawak satu buah dah jadi perisa lain-lain kan?

4) Buah badam 

Ramai yang suka makan benda-benda berkacang kan. So why not try makan kacang badam atau kacang walnut. Sebab kacang badam ni rendah sodium dan kolestrol. Kacang badam dan walnut ni mengandungi vitamin E, Kalsium, Potassium, Magnesium dan juga sumber protein dan serat yang baik. Walaupun badam ni rendah kolestrol korang kena jaga-jaga jugak. Jangan sekali satu bungkus korang hadap untuk satu hari tu. Cukup dengan 11 biji je ye. Pandai-pandailah korang kira.

5) Secawan Coklat Panas

Bukan yang 3 in 1 tu ye. No no no!  Ni diperbuat dari susu skim, serbuk koko, pemanis kurang kalori. Hmmm sedap nyee lah hai. Snek ini dapat membekalkan protein dan kalsium kepada badan anda.

6) Dark Chocolate

Malas nak bancuh-bancuh, makan je dark chocolate. Peneliti di Jerman dalam The Journal of the American Medical Association mengatakan dark chocolate kaya dengan flavonoid, menjaga tekanan darah tetap stabil ketika stress. (sumber Majalah rapi). Tapi pastikan korang makan sepotong kecil je sebab ianya mengandungi lemak tepu. 

7) Aprikot kering

Buah aprikotni kaya dengan  zat dan nutrisi penting seperti serat, vitamin A dan C, Magnesium, Zat Besi, Kalsium, dan kaya dengan antioksidan yang dapat mencegah sel daripada rosak. 

8) Roti Gandum dan Peanut butter

Macam sedap je kan. Kombinasi snek ini dapat menstabilkan paras gula. Jadi korang kurang risiko mengalami hypoglycemia (kurang gula dalam darah). Dah sedap tu jangan over sangat haha. Cukup hanya maksimum 2 sudu teh peanut butter untuk disapu di atas roti.

9) Kraker/Biskut

Ini selalunya yang akan orang makan ketika tea break. Di cicah pula bersama kopi atau nescafe panas perghh rasanya bertingkek-tingkek. Haha syok kan ! lagi la duk ofis pastu beraircond. Mantapp !hehe. Ok stop semua imaginasimu !.Nak makan biskut pilih yang plain kraker yang diperbuat daripada gandum mengandungi serat dan vitamin B. Pastu sapu dengan peanut butter, atau celup dalam susu atau yogurt tadi. Pun sedap meh !


10) Buah Epal

Epal juga mengandungi vitamin dan mineral untuk keperluan tubuh, otak dan kesihatan jantung. Ia juga mengandugi kandungan serat yang boleh menyebabkan rasa kenyang dan korang tak makan secara berlebihan.


Jadi dah tau kan. Jom start hidup secara sihat. Saya pun nak cuba snek-snek kat atas ni. Pastinya menarik kan. Jom cuba !


Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Distr.
018-7749845

*Tulisan bersumberkan dari sini dan sini

Thursday 13 March 2014

3 Perkara Untuk Kurus

Assalamualaikum :)

3 perkara je boleh kurus? biar betol?

Ok nampak sangat muka excited nak tau tu. hahaha. Meh kawan nak cerita 3 cara untuk kuruskan badan.

DETOKS (NYAHTOKSIN)

Ni adalah langkah pertama sekali dalam kaedah menguruskan badan. Sebab apa detoks ni penting? Melalui proses detoks ini atau pun dikenali sebagai nyahtoksin ini, usus dapat dibersihkan daripada lemak, lendir, toksin melalui pembuangan air besar. Badan akan berasa lebih ringan apabila proses penyingkiran toksin dilakukan. Penyerapan nutrien juga menjadi lagi baik.

Detoks boleh dilakukan dengan cara semulajadi. Biasanya program detoks semulajadi dilakukan selama 3-7 hari. Contoh macam ni (yang paling ringkas la):

Hari 1 & 2 : Banyakkan minum air, makan buah-buahan e.g-epal, betik, tembikai susu, nenas, anggur. Elakkan makan buah citrus yang beracidic. Pastu pisang pn elakkan jugak sebab kandungan kanji dia tinggi. Masa ni nak bersihkan usus korang dan bila kita minum banyak air senang toxin tu nak disingkirkan.

Hari 3 & 4: Banyakkan minum air jugak, makan buah-buahan  dan tambah sekali dengan sayur-sayuran. Sayur-sayuran ni korang steam kan, bakar kan ke atau pun blend buat juice. Ni boleh tingkatkan lagi penghadaman.

Hari 5 & 6: Masi hari ni korang boleh tambah dengan protein macam ikan, ayam, telur. TAPI janganlah sekali banyak terus. Mentang-mentang dah 4 hari tak dapat makan korang pun amek sekali 2 ketul ayam. hehehe. Kena sabar ye ! Ambil sikit je. Sayur-sayuran dan buah-buahan korang kena ambil sekali. Yang paling penting banyakkan minum air.

Hari 7: Masa ni korang boleh tambah makanan yang berkarbohidrat macam roti gandum, nasi, tapi dalam kuantiti yang sedikit la. Lepas tu bole ambil sekali dengan dairy food contoh yogurt ke, cheese ke, susu ke. Tapi still kena minum banyak air, makan sayur dan jugak buah-buahan.

Lepas 7 hari korang try timbang berat. Tengok hasilnya camne. hehe. Banyak lagi program detoks yang korang boleh refer. Google kan ada :)

Fyi, tips masa sesuai untuk timbang berat badan menurut kata Kevin Zahri:


Agak berkesan tips ni sebab saya selalu timbang waktu pagi lepas mandi. Hehe. Memang kita boleh monitor berat kita dengan betul.

PEMBAKARAN LEMAK

Kalau nak kurus tu bialah dengan cara kurangkan lemak bukan kita kurang kan air. Betul tak? heee :D

Proses kedua penting adalah pembakaran lemak. Bila kita dah detoks contoh kalau kita buat detoks semulajadi (maksudnya bukan detoks dengan supplement) badan pun dah ringan sikit kan. Jadi badan akan menggunakan lemak-lemak yang tersimpan yang tak tersingkir masa proses detoks sebagai sumber tenaga. Masa ni badan uolls akan rasa letih dan cepat berpeluh. Perpeluhan adalah salah satu proses pembuangan toksin.

Ok itu dari segi pembakaran lemak semasa detoks. Sebenarnya, pembakaran lemak ni lagi cepat berlaku bila adanya bekalan makanan. Ini kerana bila kita makan dengan kerap ia dapat meningkatkan metabolisme badan. Makan kerap tapi dengan kuantiti yang sedikit bukan makan kerap tapi makan banyak ye. Nanti jadi lain. Haha. Kita sebenarnya tidak digalakkan berlapar dalam jangka masa yang lama kerana masa tu takde kalori yang nak dibakar. Jadi disarankan untuk mengambil snek yang mengandungi serat dan protin yang tinggi seperti buah-buahan berserat.

BINA OTOT 

Nak suruh jadi ahli bina badan ke?

Ye bina badan. Tapi bukan jadi ahli bina badan macam Sazali Samad tu. Maksudnya kat sini kita tambah jisim otot-otot badan. Jangan risau penambahan jisim otot ni tidak menyebabkan berat badan naik secara mendadak jika korang makan dengan betul. 

Macam mana nak bina otot? 

Dengan mengambil makanan yang berprotein tinggi macam ikan, daging, ayam, kekacang, tauhu, soya, telur dan lain-lain lagi. Protein berfungsi untuk memperbaiki tisu dan juga membina otot. Jadi bila berat badan dah turun takdelah nampak menggelebeh. Badan akan nampak solid dan tegap.

Kenapa penting bina otot ni?

Kajian mendapati tisu otot membakar lebih banyak kalori berbanding dengan lemak. Orang yang banyak tisu otot mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi. Setiap pound otot menggunakan 6 kalori sehari manakala setiap pound lemak membakar 2 kalori sehari. Jadi otot penting dalam meningkatkan metabolisme badan seterusnya dapat membakar kalori dengan banyak.

Sekarang pun dah ada electronic scale yang boleh baca berat, kandungan lemak, jisim tulang, jisim otot, ada je jual dengan farmasi. Boleh cari senang nak monitor di rumah :)

KURUS DENGAN SET SLIMMING SHAKLEE

Set Slimming Shaklee mempunyai kombinasi 3 cara di atas. 


Walaubagaimanapun, makanan tambahan adalah salah satu usaha kita untuk mencapai berat yang ideal. Senaman dan pemakanan yang sihat serta seimbang juga sangat penting dalam membantu proses penurunan berat badan bukan semata-mata bergantung pada supplement.

Jadi, saya dah berikan apa yang saya mampu untuk membantu anda. Pilihan kini di tangan anda ! :)

Produk Shaklee dijamin:

>> HALAL
>> BERKESAN DAN TELAH DIUJI SECARA KLINIKAL
>> BERSUMBERKAN DARI BAHAN SEMULA JADI
>> TIADA PEWARNA DAN BAHAN PENGAWET

Kalau anda berminat untuk mencuba set slimming ini boleh hubungi saya ya !

Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Distr.
018-7749845

*Produk di atas tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.
** Tulisan diolah dan diinspirasi dari sinisini dan sini

Sunday 9 March 2014

The Power of Protein

Assalamualaikum ! :)

Amboih hang tajuk omputih noo hahaha. Tajuk ja pun. Nak kasi letup gitu hihi. Apa yang power sangat pasal protein nih yang hang dok kecoh ni?

Korang tau tak protein tu nutrien kedua terpenting untuk dalam badan manusia lepas air.




Meh nak bagi paham. Protein adalah komponent terpenting untuk setiap sel dalam badan. Rambut dengan kuku kita pun terhasil daripada protein iaitu yang dinamakan Keratin. Sebab itu kalau kita tak cukup protein rambut boleh senang gugur, kuku pun tak cantik. 

Protein terbentuk daripada rantaian asid amino. Ianya dikatakan lengkap atau tidak lengkap adalah bergantung kepada kandungan asid aminonya. Ada asid amino yang perlu dan tak perlu. Bezanya, asid amino perlu tidak boleh di sintesiskan dalam tubuh dan mesti diambil melalui diet.

Mari kita go through kepentingan protein dalam setiap sudut kesihatan:

PROTEIN UNTUK KURUS

Dalam penurunan berat badan, protein diperlukan untuk mengekalkan jisim otot supaya kita tidak kehilangan otot semasa menurunkan berat badan. Apabila anda kehilangan otot, metabolisme tubuh akan menurun dan tubuh akan hilang keupayaan membakar lemak.

✔ Kajian menunjukkan orang yang lebih berotot, kadar metabolismenya adalah lebih tinggi. Badan akan membakar kalori 2 kali ganda lebih cepat bagi menghadamkan protein berbanding lemak atau karbohidrat.


PROTEIN UNTUK KECANTIKAN

Protein dalam kecantikan berfungsi untuk membaiki tisu yang rosak dan membina tisu baru. Setiap sel dalam tubuh memerlukan protein untuk hidup. Ianya juga merupakan elemen penting yang digunakan untuk menggantikan sel yang rosak.

Otot, rambut, kuku, kulit, mata adalah terhasil daripada protein. Kolagen merupakan salah satu protein yang membuatkan kulit lebih anjal. Sel kulit biasanya akan digantikan setiap 24 jam. Disebabkan itu pengambilan protein sangat penting menggantikan sel kulit yang telah rosak.

✔ Tanda-tanda anda kekurangan protein adalah: bengkak di bawah mata (eye bag), pengumpulan cecair dalam badan, kuku rapuh, keguguran rambut, kulit berkedut


PROTEIN UNTUK MENAMBAH BERAT BADAN

Bagi mereka yang terlalu kurus dan tidak mendapat berat badan yang ideal, pengambilan protein yang betul mampu untuk menambah berat badan. Protein diperlukan untuk membina otot, daripada itulah ia dapat meningkatkan saiz otot. Kekurangan protein menyebabkan tubuh mengambil protein daripada tisu otot dan membuatkan badan semakin mengecil. Muscle atau otot kita cepat hilang dari badan apabila melakukan kerja-kerja seharian.

✔ Penambahan berat badan akan lebih berkesan sekiranya anda mengamalkan protein shake dan juga melakukan work out. Para atlet mengambil protein untuk menggantikan tisu/muscle yang hilang sewaktu bersukan.

PROTEIN UNTUK KEHAMILAN

Ibu hamil memerlukan protein untuk pembinaan sel dan perkembangan bayi. Protein dihasilkan dari asid amino dan asid amino diperlukan untuk menguatkan placenta dan juga dalam penghasilan sel darah merah. Bayi mendapatkan nutrien dari ibunya melalui placenta. Begitu juga dengan bekalan oksigen yang dibekalkan oleh ibu kepada bayi. Selain itu, protein juga membantu menstabilkan gula dalam darah untuk mengelakkan ibu mengandung mendapat diabetis ketika hamil.

✔ Protein diperlukan untuk menambah otot bagi wanita mengandung untuk membawa menampung bayi dalam kandungan.


Antara produk protein shaklee yang juga merupakan produk HOT SELLING adalah:

ESP SOY PROTEIN ISOLATE POWDER

Merupakan sumber protein biology yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan terdapat 9 asid amino penting di dalamnya yang diperlukan oleh tubuh. Sesuai untuk semua peringkat umur kecuali bayi umur kurang dari setahun.


Sumber dari Google

Manfaat Pengambilan

✔ Membekalkan tenaga kepada badan: protein boleh digunakan sebagai bahan bakar kerana mengandungi karbon dan molekulnya boleh dioksidahkan untuk membekalkan tenaga 

✔ Menganjalkan kulit: merangsang pertumbuhan tisu baru, memperbaiki tisu yan rosak dan otot baru. Rahsia awet muda.

✔ Mengandungi Isoflavon: Soya mengandungi isoflavon yang menyerupai hormon wanita. Berupaya untuk mencegah osteoprosis, menurunkan paras kolestrol dan menggalakkan kesihatan jantung.

✔ Memulihkan Pigmentasi: Rambut putih atau uban lambat keluar, mengurangkan masalah rambut gugur dan keadaan rambut, juga menghalang pigmentasi dan jeragat.

✔ Membantu pengawalan paras gula dalam darah: Mengandungi indeks glicemik yang rendah sesuai di minum untuk pesakit diabetes.

Sesuai untuk ibu hamil: Untuk menggalakkan perkembangan bayi dalam kandungan


MEAL SHAKES

Lazimnya, kana-kanak ni paling susah kita nak tambat hati dia dengan makanan yang berkhasiat kan. Mereka lebih suka kan junk foods macam coklat, kopok, ais krim, gula-gula. Ala macam kita dulu-dulu jugak liatnya nak makan sayur. Bukan dulu je sampai sekarang ni ha tak suka makan sayur huhu. Terasa ke? haha. 

Mealshakes dari shaklee adalah makanan tambahan kanak-kanak yang kaya mengandungi protein dan serat yang terbaik serta memberikan 19 vitamin dan mineral penting seperti  Vitamin A, C, E, B1, B6, B12, Kalsium sebagai asas nutrien untuk kanak-kanak yang sedang membesar.



Manfaat Pengambilan

 Perisa Vanila. Boleh buat jus, smoothies blend dengan buah-buahan. Pasti menambat selera.

 Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas dan juga orang dewasa.

 Sesuai untuk kanak-kanak yang susah untuk menelan makanan tambahan berbentuk pil atau pun yang berbau.

 Memberi tenaga dan membantu fokus kanak-kanak dalam pelajaran serta menguatkan imun sistem kanak-kanak

 Menguatkan tulang dan membantu dalam tumbesaran kanak-kanak

 Makanan segera yang sihat.

 Membantu megurangkan masalah sembelit kerana kaya dengan serat.

 Menaikkan selera makan kanak-kanak.

 Boleh juga membantu dalam menangani masalah obesiti kanak-kanak.


CINCH SHAKE MIX

Cinch shake ini dirumus khas untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa ada kehilangan jisim otot. Mengandungi leusina untuk memlihara otot. 



Berbanding dengan ESP, Cinch mengandungi kalori yang sangat rendah dan sesuai untuk mereka yang ingin berdiet kerana ia boleh dijadikan sebagai pemgganti makanan utama seperti sarapan, makan tengah hari atau makan malam. Setiap sajian cinch telah dilengkapi dengan karbohirat, protein untuk memberikan rasa kenyang yang lama.

Manfaat Pengambilan

Memberi rasa kenyang yang lama : Pengambilan makanan jadi sedikit.

Mengurangkan selera makan: Untuk mereka yang sukar kawal nafsu makan.

Membekalkan tenaga yang berpanjangan: Tak cepat penat

Mempunyai tiga perisa iaitu Vanila, Coklat, dan Cafe Latte: Sesuai untuk mereka yang tidak gemar rasa ESP.

Mengurangkan lemak berlebihan dan mengurangkan inci pada badan: Inch loss not just weight loss.

TIDAK DIGALAKKAN untuk ibu hamil dan yang menyusukan anak: Kerana mereka perluka nutrien terutama kalori yang tinggi. 


Saya dah bagi cadangan apa yang terbaik. Terpulang pada anda. Jika pemakanan kita seharian dah seimbang dan nutrisi yang kita terima cukup maka makanan tambahan lain tak perlu lagi di ambil. Tapi masalahnya cukup ke? heee~~ 

Produk shaklee di jamin:

♥ HALAL DAN ADA KELULUSAN KKM
♥ BERSUMBERKAN BAHAN SEMULA JADI
♥ TIADA PENGAWET DAN BEBAS KIMIA
♥ DIUJI SECARA KLINIKAL

Jika anda berminat, jangan segan untuk hubungi saya ya! :). Boleh PM saya di FB atau pun hubungi 
018-7749845. Saya sedia membantu apa yang mampu ;)

Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Distr.
No.ID: 1100054

*Produk di atas tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit
**Tulisan ini ditulis bersumberkan dari sini, sini dan juga sini



Vitamin Dan Kehamilan

Assalamualaikum :)

Kenapa vitamin penting semasa kehamilan? Ini kerana ia dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil, kelahiran pramatang dan kekurangan berat ketika bayi di lahirkan. Ia juga dapat memberikan kekuatan dan kesihatan yang menyeluruh kepada wanita hamil sepanjang kehamilan.

Makanan tambahan atau vitamin diperlukan bagi melengkapi nutrisi harian ibu hamil ini. Ini kerana, ibu hamil berkongsi nutrisi dengan bayi yang dikandung. Kadang kala, ibu-ibu yang mengalami loya, muntah dan tidak mempunyai selera makan di awal kehamilan mempunyai nutrisi yang tidak cukup untuk keperluan bayi. Jadi vitamin akan membantu mengurangkan risiko kekurangan nutrisi tersebut.

Apa vitamin yang diperlukan bagi ibu hamil?

Folic Acid: Folic acid sangat penting bagi perkembangan fizikal dan saraf bayi dalam rahim di awal kehamilan. Ia dapat mencegah kecacatan neural tube (boleh baca di sini). Malah bukan pengambilan asid folic juga digalakkan kepada mereka yang ingin hamil untuk menguatkan rahim.

Iron (zat besi): Ini sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Sel darah merah akan mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Ia adalah untuk mengelakkan risiko bayi pramatang dan untuk mengelakkan anemia.

Kalsium: Ia sangat penting dalam pembentukan tulang dan gigi. Bayi mudah menyerap kalsium daripada ibunya semasa kehamilan. Disebabkan itu ibu sering mengalami sakit badan, gigi dan urat saraf. Dengan pengambilan kalsium dapat memberikan bekalan kalsium secukupnya kepada ibu dan anak.

Omega-3: Omega-3 mempunyai kandungan EPA dan DHA di dalamnya. Ianya diperlukan untuk membentuk sistem saraf, perkembangan otak, memberi penglihatan yang baik kepada bayi dan ibu. Dietitian mencadangkan supaya ibu hamil mengambil satu atau dua portion ikan berminyak (oily fish) seminggu untuk memenuhi keperluan omega-3 ketika hamil. Jika ibu hamil ingi mengambil supplement pastikan ianya adalah dari badan ikan dan BUKAN dari hati ikan macam cod liver oi kerana cod liver oil mengandungi vitamin A yang tinggi.

Protein: Ramai yang terlepas pandang mengenai kepentingan protein semasa hamil. Protein dihasilkan dari asid amino dan asid amino diperlukan untuk menguatkan placenta dan juga dalam penghasilan sel darah merah. Bayi mendapatkan nutrien dari ibunya melalui placenta. Begitu jugan dengan bekalan oksigen yang dibekalkan oleh ibu kepada bayi. Selain itu, protein juga membantu menstabilkan gula dalam darah untuk mengelakkan ibu mengandung mendapat diabetis ketika hamil.

Nutrisi-nutrisi di atas ada dalam rangkaian Set Kehamilan Shaklee seperti berikut:


AMARAN !!
Cinch shake tidak sesuai untuk ibu hamil kerana kandungan kalori nya yang rendah.

Produk shaklee adalah bersumberkan dari bahan semula jadi, tanpa pengawet, bebas kimia, terbukti berkesan dan telah diuji secara klinikal. Ianya juga tidak berbau dan tidak terlalu besar jadi mudah untuk ibu hamil mengambilnya.

Set Lengkap Kehamilan

Set Budget Kehamilan

Pilihan di tangan anda. caranya mudah hanya perlu pm/call/whatsapp saya untuk harga yang terbaik :)

Yasmin Hashim
SID
018-7749845

*Produk ini diatas tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.
**Tulisan adalah bersumberkan artikel dari sini

Sunday 2 March 2014

Makanan Tambahan Saya Part II

Assalamualaikum :)

Ini adalah sambungan daripada entry saya berkenaan vitamin yang saya amalkan. Nak tulis semua dalam satu entri tak macam panjang berjela pulak kan. Nanti dah macam karangan SPM pulak. hihi. Ok vitamin seterusnya yang diamalkan oleh saya adalah:

Vita-E Complex




Selain daripada ESP yang super duper best tu dan hot selling tu, saya mengamalkan pengambilan vitamin E. Korang pun dah tau kan fungsi vitamin E tu. Untuk kulit? betul. Sebenarnya vitamin E ada macam-macam fungsi dia. Bukan je untuk kulit. Antara fungsi dia adalah seperti berikut:
  • Sebagai antioksidan yang mencegah sel daripada serangan radikal bebas.
  • Melambatkan penuaan & mengurangkan kedut pada  wajah.
  • Meningkatkan sistem imun badan.
  • Membantu mengurangkan parut jerawat dan mengawal pengeluaran minyak.
  • Vitamin cinta untuk menghangatkan perhubungan suami isteri
  • Meningkatkan kesuburan lelaki dengan menambah bilangan sperma.
  • Membantu mengurangkan arthiritis.

Apa yang best dengan vitamin E shaklee ni? Dah tentu dengan adanya sekali kandungan ekstrak biji anggur (grape seed extract) dan juga Selenium. 


Ekstrak biji anggur (Grape Seed Extract)   
>> Salah satu antioksidan juga. Dapat juga meningkatkan pengaliran darah dan mengurangkan kandungan kolestrol.

Selenium
>> Membantu meningkatkan penyerapan vitamin E.


Kalau anda berminat, jangan segan untuk menghubungi saya. Harga istimewa ditawarkan kepada setiap pelanggan saya dan konsultasi percuma ! Satu botol ada 120 biji = 4 bulan. Jimatkan? Jadi apa tunggu lagi. Hubungi segera ya ! :)

Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Distr.
018-7749845

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit





5 Warna Penting Dalam Diet Harian

Assalamualaikum ! :)

Warna apa yang penting sangat tu? Meh cek nak habaq kat hangpa semua. Bukan baju, dress, palazo, pelikat pants, shawl, jubah, rumah je yang boleh warna warni. Pemakanan kita pun perlu ada warna-warni tau sebab dalam warna-warna ni terdapat khasiatnya yang tersendiri.

Terdapat 5 warna yang penting dalam pemakanan seharian kita dan biasanya boleh didapati dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Ianya dipanggil sebagai Phytonutrients. Phtonutrients ni adalah bahan kimia semualajadi yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan iaitu pigmen yang terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan.

Jom tengok 5 warna yang penting tu:


MERAH (Lycopene)
Memelihara prostat, DNA, dan melindungi daripada kanser dan penyakit kardiovaskular
Contoh: Tomato, buah delima, tembikai, epal merah

HIJAU (Isoflavine, lutein)
Menyokong kesihatan mata, hati, paru-paru dan sel serta membantu dalam mempercepatkan penyembuhan luka dan menguatkan gusi
Contoh: Sayuran berdaun hijau, brokoli, kiwi

UNGU (Flavonoids)
Sangat baik untuk memelihara kesihatan jantung, tulang, arteri, melawan kanser dan melambatkan penuaan.
Contoh: Anggur, blueberry, terung

PUTIH (Allicin)
Meyokong kesihatan tulang, sistem peraliran darah dan juga boleh membantu melawan kanser dan penyakit jantung.
Contoh: bawang putih

KUNING (Beta-carotene, lutein, zeaxanthin)
Baik untuk kesihatan mata, menguatkan imun sistem badan, dan membantu pertumbuhan badan berlaku dengan sihat.
Contoh: Oren, Jagung, betik, labu


Oleh itu, pastikan makanan harian anda ada warna-warna ini ya. Peringatan untuk diri sendiri jugak yang liat sangat nak makan sayur. Hehe




**Promosi March Shaklee: ESP beli 6 percuma 1 !! Nak beli satu pun boleh. Harga tengah murah gila ni. Cuma PM/Whatsapp/SMS saya ya. **

Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Distr.
018-7749845