Penghulu Doa

"Ya Allah kurniakan kami seluruh kebaikan ketika di dunia, dan seluruh kebaikan ketika di akhirat serta jauhkan kami daripada api neraka"

MUDAHNYA JADI AHLI

MUDAHNYA JADI AHLI
NIKMATI POTONGAN 20% DISKAUN BARANGAN JIKA ANDA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI DAN SEHINGGA 30% KEUNTUNGAN JIKA ANDA BERBISNES.

Saturday, 12 April 2014

Kawan Karib Kalsium

Assalamualaikum :)

Sape kata manusia je yang boleh ada kawan karib? Semua benda kat dunia ni diciptakan saling lengkap melengkapi dan berpasang-pasangan. Ada laut ada darat, ada perempuan ada lelaki, ada siang ada malam, ada matahari ada bulan, ada cantik ada hodoh, ada kuat ada lemah, ada pemimpin ada yang dipimpin. Macam-macam lagilah.  Cantikkan Allah cipta dunia ni? :)

Begitu juga dengan Kalsium. Ia tidak akan bertindak dengan lebih efisyen kalau tiada kawannya bersama-sama iaitu Vitamin D dan juga Magnesium.

Magnesium




Kalsium dan Magnesium merupakan nutrient asas yang perlu diseimbangkan pengambilan kedua-duanya untuk memberikan kesan kesihatan yang terbaik untuk tubuh. Keduanya adalah mempunyai sifat bertentangan tetapi saling melengkapi seperti duit syiling yang mempunyai kepala dan bunga.

Magnesium bersama-sama kalsium akan menyeimbangkan prosen pengecutan dan pengembangan otot.
Kalsium mengecutkan otot dan Magnesium akan merehatkan otot.


Macam mana kedua-dua ni berkaitan? Apabila kalsium masuk ke dalam sel dan magnesium keluar dari sel maka tekanan darah arteri berkurangan dan otot berada dalam keadaan rehat. Pada keadaan ini paras magnesium di luar sel adalah lebih tinggi di luar sel berbanding di dalam sel. Paras kalsium di dalam sel pula lebih tinggi di dalam sel berbanding di luar sel.



Antara fungsi lain magnesium adalah menggiatkan aktiviti 300 jenis enzim dan memainkan peranan dalam penjanaan tenaga (pembinaan adenonosin triphosphate). Ia juga diperlukan bagi mengawal paras kalsium selain kuprum, zink, kalium, vitamin D dan pelbagai nutrien penting dalam tubuh.



Berikut merupakan gejala-gejala jika anda kekurangan magnesium:



1. Kejang otot, menggigil, kelesuan
2. Sindrom pre-menstrual
3. Migrain
4. Stress
5. Rintangan insulin.

Sebenarnya peranan magnesium sangat tinggi dalam tubuh. Tapi ramai yang ambil mudah akan perkara tersebut. 



Vitamin D

Sekarang mari kita kenal dengan kawan karib yang kedua pulak.

Vitamin D mempunyai peranan penting dalam kesihatan tubuh seperti mencegah diabetes, penyakit jantung, kemurungan dan juga kanser.

Pada September 2008, Food & Drug Administration (FDA) membuat pengubahsuaian dalam pengurangan risiko Osteoporosis dengan menekankan kepentingan vitamin D dimana apabila digabungkan dengan kalsium akan menggalakkan kesihatan tulang dalam jangka masa panjang.

Aturan pelabelan yang diubahsuai menjelaskan vitamin D diperlukan untuk penyerapan kalsium. Fungsi utama vitamin D adalah memelihara kadar kalsium dan fosfat. Ianya membantu penyerapan dan penyimpanan kalsium oleh tubuh.

Sumber terbaik vitamin D adalah matahari. Walau bagaimanapun, keadaan matahari sekarang dah tak macam dulu. Sebaliknya ambillah makanan yang tinggi kandungan vitamin D seperti kuning telur, hati lembu, cereal dan susu.

Orang kata tak kenal maka tak cinta. Jadi dah kenal kan? hehe. Jika anda nak pilih supplement untuk kuatkan tulang, pilih yang ada magnesium dan vitamin D. Ini dapat mengurangkan risiko terjadi nya batu karang. Walau bagaimanapun setiap supplemen yang anda ambil hendaklah diiringi dengan doa dan minum air sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari.

Jom selamatkan tulang anda ! :)

 Dapatkan Ostematrix hanya April ini 
 Beli 6 Percuma 1 
 Ostematrix lebih dari kalsium 


Pm/Whatsapp:
Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Distr.
018-7749845





No comments:

Post a Comment