Penghulu Doa

"Ya Allah kurniakan kami seluruh kebaikan ketika di dunia, dan seluruh kebaikan ketika di akhirat serta jauhkan kami daripada api neraka"

MUDAHNYA JADI AHLI

MUDAHNYA JADI AHLI
NIKMATI POTONGAN 20% DISKAUN BARANGAN JIKA ANDA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI DAN SEHINGGA 30% KEUNTUNGAN JIKA ANDA BERBISNES.

Sunday 11 May 2014

Antibiotik dan Kanak-Kanak

Assalamualaikum :)

Haii dah lamanya tak update. Sihat tak? hehe.



Entry kali ni nak cerita pasal antibiotik. Dah macam doktor pulak kan nak cerita pasal antibiotik. Cuma nak kongsi sahaja. Nak kata pandai sangat idok ler.

Antibiotik digunakan untuk membunuh bakteria atau merencatkan aktiviti bakteria. Para doktor tidak akan sewenang-wenangnya memberi antibiotik kepada pesakit jika ianya bukan disebabkan oleh jangkitan bakteria.

Pengalaman bekerja di farmasi 2 tahun lalu memberi kesedaran kepada saya yang antibiotik bukanlah digunakan untuk merawat semua penyakit. Jika penyakit disebabkan oleh jangkitan virus, pengambilan antibiotik tidak akan berkesan. Antibiotik juga tidak boleh dibeli difarmasi tanpa ada preskripsi dari doktor.

Ada juga patient yang datang ke farmasi yang nak sangat antibiotik. Sakit gigi pun nak antibiotik. Haishh tak paham betul dengan mereka ni. Kalau tak dapat tu siap nak mengamuk lagi kat kedai. Payah betul nak educate orang yang obses sangat dengan antibiotik.


Kanak-kanak yang mengalami demam, selesema dan batuk, tidak semestinya doktor akan memberikan antibiotik jika bukan disebabkan bakteria. Kebanyakan penyakit ini adalah akibat jangkitan virus dan antibodi yang ada dalam tubuh kanak-kanak tersebut lah yang mengawal jangkitan virus.

Ibu bapa perlu tahu yang penggunaan antibiotik bukan sahaja akan membunuh bakteria jahat yang ada dalam badan malah ia juga membunuh bakteria baik. Jika terlalu kerap penggunaan antibiotik kepada kanak-kanak, antibodi badan kanak-kanak akan menjadi lemah kerana semua bakteria baik dalam tubuh kanak-kanak musnah.


Penggunaan antibiotik secara sembarangan juga boleh mengakibatkan bakteria menjadi resistance terhadap antibiotik yang diberikan. Iaitu bakteria akan menjadi lali dan kebal  kemudiannya menyebabkan penyakit sukar untuk dirawat.

Jadi sebagai ibu bapa tentu kesihatan anak menjadi keutamaan kerana anak adalah harta yang paling beharga. Pastikan korang tahu dan faham tentang fungsi antibiotik ini. Terdapat banyak risalah-risalah yang boleh korang dapati di klinik atau hospital berkenaan antibiotik. Jadi sila ambil langkah segera !



MEI INI SAHAJA
PROMOSI MEALSHAKE
BELI 6 PERCUMA 1



Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Distr.
SMS/Whatsapp: 018-7749845
Email: meen2425@gmail.com
PM: https://www.facebook.com/yasminhashim

*Tulisan berdasarkan artikel di sini

No comments:

Post a Comment