Penghulu Doa

"Ya Allah kurniakan kami seluruh kebaikan ketika di dunia, dan seluruh kebaikan ketika di akhirat serta jauhkan kami daripada api neraka"

MUDAHNYA JADI AHLI

MUDAHNYA JADI AHLI
NIKMATI POTONGAN 20% DISKAUN BARANGAN JIKA ANDA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI DAN SEHINGGA 30% KEUNTUNGAN JIKA ANDA BERBISNES.

Sunday 20 April 2014

5 Fakta dan Auta Tentang Tahap Kesuburan

Assalamualaikum :)

Bagaimana hendak mengukur tahap kesuburan seseorang? Adakah dengan kitaran haidnya? Ada yang kata kalau kitaran haid kita 28 hari maksudnya kita subur. Hurmm. Banyak faktor yang boleh mempengaruhi kesuburan.


Berikut merupakan auta dan fakta tentang kesuburan (sumber dari majalah iSIHAT April 2014):

AUTA 1: HAID SAYA TERATUR MAKSUDNYA SAYA SUBUR 

FAKTA: Masalah haid tidak teratur adalah disebabkan pelbagai masalah seperti PCOS atau stress. Oleh itu jika haid anda teratur, ini tak bermakna anda bebas daripada sebarang masalah kesuburan lain seperti tiub falopio tersumbat, masalah tulang rahim dan sebagainya.

AUTA 2: SAYA JAGA KESIHATAN, MAKA KESUBURAN JUGA TURUT TERJAGA

FAKTA: Memang kita di sarankan untuk menjaga kesihatan dan mengambil makanan yang berkhasiat mengikut pola makanan untuk mudah mengandung. Tetapi tidak bermakna anda boleh mengandung dengan mudah. Masalah dalaman juga kadang kala menjadi halangan.

AUTA 3: SAYA PERNAH HAMIL, JADI TIADA MASALAH JIKA INGIN HAMIL LAGI

FAKTA:Tak semestinya bila pernah hamil, selepas itu tiada masalah untuk hamil lagi. Usia salah satu faktor yang boleh mempengaruhi kesuburan. Semakin meningkat usia, semakin rendah tahap kesuburan dan peluang untuk mengandung juga rendah.


AUTA 4: KETIDAKSUBURAN MERUPAKAN MASALAH KAUM WANITA SAHAJA

FAKTA:Bukan wanita sahaja yang kena subur. Lelaki juga kena subur. Jadi, para lelaki sekalian jangan mudah salahkan wanita. Sebaik-baiknya, kedua-duanya lelaki dan wanita hendaklah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.



AUTA 5: KITARAN HAID YANG TERATUR ADALAH 28 HARI

FAKTA: Tiada kitaran haid yang tepat. Tubuh setiap orang berbeza-beza. Ada yang mengalami kitaran haid yang panjang dan ada yang pendek. Kitaran haid yang normal adalah 28 hari.


Lihat 11 tips mudah hamil dan set kesuburan dari SHAKLEE di sini :)

Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Distr.
018-7749845

No comments:

Post a Comment