Penghulu Doa

"Ya Allah kurniakan kami seluruh kebaikan ketika di dunia, dan seluruh kebaikan ketika di akhirat serta jauhkan kami daripada api neraka"

MUDAHNYA JADI AHLI

MUDAHNYA JADI AHLI
NIKMATI POTONGAN 20% DISKAUN BARANGAN JIKA ANDA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI DAN SEHINGGA 30% KEUNTUNGAN JIKA ANDA BERBISNES.

Monday, 3 February 2014

Makanan Tambahan Saya Part 1

Assalamualaikum ! :)

Hari ni mula kerja setelah 3 hari bercuti sempena cuti Tahun Baru Cina. Nasib baik harini kerja tak banyak sangat. Mesti shipper banyak lagi yang masih cuti. Oh ye rasanya belum lambat lagi kan nak wish Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kaum Cina di Malaysia. 

Minggu-minggu lepas saya ada nak update pasal vitamin yang saya amalkan tapi akibat kemalasan yang teramat sangat haa baru harini lah dapat mengupdatenye. Kalau ada vitamin untuk kurangkan penyakit "M" tu rasanya saya orang yang pertama beli.

Jom saya kongsikan makanan tambahan yang saya ambil bermula dari 6 bulan lepas (2013).

ESP (Soy Protein Isolate Powder)


Semuanya bermula bila ramai kawan-kawan yang post pasal ESP ni dekat FB. Perasaan ingin tahu tu terlalu tinggi (cewaahh). Jadi saya pun menggoogle dengan lebih dalam lagi apa itu ESP. Banyak blogger-blogger yang terdiri daripada pengedar shaklee itu sendiri memberikan tulisan yang positif dengan menampal beberapa testimoni. Kulit jadi mulus la, glowing la, putih gebu la, kenyang sepanjang hari la, boleh turun berat badan la dan macam-macam lagi. Tapi saya bukanlah jenis yang percaya dengan testimoni. Apa yang saya belajar semasa bekerja di farmasi adalah setiap produk supplement/makanan tambahan takkan memberikan kesan yang cepat ataupun sekelip mata haa terus jadi cantik kau! Ianya hendaklah diambil secara berterusan. Jadi saya mengambil keputusan untuk mencubanya. Lagipun harganya agak murah jika dibanding dengan produk supplement kecantikan yang lain. (ya saya makan sebab nak cantik je hihi).

First day saya minum ESP ni adalah pada bulan Ramadhan tahun lepas (2013). Minum lepas sahur. Apa yang saya rasa seharian berpuasa tu tak letih, tak mengantuk, and the best part is Alhamdulillah masa terawih saya tak rasa mengantuk langsung. Kalau malam-malam sebelumnya rasa mengantuk teramat sangat tapi tidak pada malam tu. Alhamdulillah, mungkin juga sebab niat kita. Semua adalah ketentuan-Nya jua.

Sampai sekarang saya masih mengamalkan minum ESP ni. Saya suka minum campur dengan sunquick orange rasa segar je badan. Badan pun rasa bertenaga takdelah letih sangat. Kulit alhamdulillah semakin nampak perubahan rasa lebih halus, parut jerawat pun hilang sikit-sikit. Apa yang penting kita kena berusaha dan sabar. 

Jom kita tengok lagi apa istimewanya ESP ni yang membuatkan ianya produk paling laris di Shaklee:

1) Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.

2) Protein soya membantu mengurangkan kolesterol, memperbaiki tisu dan mengekalkan otot.

3) Mengandungi vitamin B penting-B1,B2,B3, B6- untuk tenaga, otak, saraf.


4) Mengandungi separuh keperluan kalsium harian iaitu 500mg untuk kekuatan gigi dan tulang.

5) Terdapat Genistin iaitu isoflavone yang dihasilkan daripada kacang soya yang boleh meniru sifat hormon estrogen.  Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid. (akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam entry berikutnya berkenaan apa itu Isoflavone).

6) Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.


Haa banyakkan keistimewaan dia. ESP bukan produk untuk wanita sahaja malah untuk semua orang tak kira lelaki dan perempuan dan harganya sangat MAMPU milik.

Ini adalah testimoni dari diri saya sendiri. Nak rasai sendiri kelebihannya? Meh hubungi saya di nombor berikut. Harga istimewa menanti anda ! :)

Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Distr.
018-7749845

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment