Assalamualaikum J
Persoalan yang selalu bermain di minda
saya sehingga sekarang. Saya percaya bahawa anda juga pernah mendengar ramai
orang yang mengatakan bahawa soya itu lebih banyak mudarat dari kebaikan. Tak kurang
juga yang berkongsi atau bahasa pasarnya mengeshare (tak tau dari mana datang
bahasa ni :P) di laman social seperti facebook tentang artikel soya ini.
Dahlah kita ni peminat soya. Tetiba keluar pulak artikel macam ni. Jadi
jangan cepat melatah ye kawan-kawan. Google ada sebagai hero untuk
menyelesaikan kekususatan anda !!
Setelah puas menggoogle dan mendapati banyak tulisan tentang keburukan soya
yang diambil dari satu sumber yang dikopi tampal kan dari satu blog ke blog
lain. Pada pendapat saya soya mempunyai banyak kebaikan dari segi khasiatnya
yang tinggi dengan protein. Apa yang kita ketahui protien sangat baik
diperlukan untuk membentuk tisu yang baru. Selain itu soya a juga kaya dengan
sumber zat-zat yang lain seperti kalsium, zat besi, vitamin B dan lain-lain
untuk kesihatan.
Saya suka membaca artikel-artikel dari Dr.Zubaidi di mana beliau tidak akan
menyatakan sesuatu itu tidak baik tanpa memberi sumber-sumber yang sahih. Dari
pembacaan saya soya hanya akan membawa keburukan jika kita tidak mengambilnya
dengan betul. Contohnya jika pengambilannya adalah berlebihan. Selain
itu soya yang tidak diproses dengan baik juga boleh mendatangkan keburukan
kepada si pemakan.
Kesimpulannya, soya tidaklah memudaratkan
kesihatan malah memberikan banyak kebaikan kepada kesihatan manusia. Jangan
takut untuk makan makanan yang berasaskan soya tetapi jangan kerana nafsu kita berlebihan makan makanan
tersebut seterusnya boleh memudaratkan. Selain daripada itu, kita hendaklah
selalu berdoa supaya di jauhkan dari segala bencana, penyakit yang tidak di
ingini dan yang paling penting bacalah doa makan atau bismillah untuk di
jauhkan dari segala penyakit! J
Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Dist.
018-7749845
No comments:
Post a Comment