Penghulu Doa

"Ya Allah kurniakan kami seluruh kebaikan ketika di dunia, dan seluruh kebaikan ketika di akhirat serta jauhkan kami daripada api neraka"

MUDAHNYA JADI AHLI

MUDAHNYA JADI AHLI
NIKMATI POTONGAN 20% DISKAUN BARANGAN JIKA ANDA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI DAN SEHINGGA 30% KEUNTUNGAN JIKA ANDA BERBISNES.

Sunday, 23 March 2014

Vitamin C dan Kecantikan

Assalamualaikum :)

Jom belajar sikit harini berkenaan vitamin C--> ada gaya cikgu tak? hahaha. Verangan jelah kamu ni Yasmin !

Ok straight to the point ye.


Ramai yang tahu vitamin E adalah vitamin untuk kulit. Tahukah anda bahawa vitamin C pun memainkan peranan penting untuk kecantikan kulit, rambut dan dalaman? Meh kenal dengan vitamin C dengan lebih dekat. 

Vitamin C tidak boleh dihasilkan oleh badan dan badan memerlukan vitamin C dalam perkembangan sel dan membaiki tisu. Vitamin C akan hilang semasa melakukan aktiviti seharian kerana, badan tidak menyimpan vitamin C dalam setiap tisunya. Oleh itu, manusia perlu menggantikan vitamin C yang hilang itu dengan pengambilan makanan yang tinggi vitamin C seperti buah-buahn sitrus.

Badan memerlukan vitamin C dalam penghasilan kolagen. Penghasilan kolagen akan menurun apabila umur semakin meningkat. Sebab itu kulit akan cepat berkedut dan kendur akibat kekurangan kolagen dalam badan. Sekarang kan ada macam-macam suntikan nak bagi kulit jadi tegang balik. Salah satunya adalah suntikan vitamin C. 

Dalam mencegah penyakit, Vitamin C bertindak untuk menguatkan sistem imunisasi badan supaya badan tidak mudah diserang penyakit seperti demam, selesema, batuk dan sebagainya. 

Berbalik pada cerita asal tentang kebaikan vitamin C untuk kecantikan:

1) Melindungi kulit dari sinaran uv matahari.

Vitamin C adalah antioksidan yang dapat mencegah daripada serangan radikal bebas yang terhasil akibat daripada pendedahan kepada cahaya matahari yang banyak dan pencemaran alam sekitar. Antioksidan ini dapat melindungi kulit daripada sinaran uv dan kesan akibat terdedah kepada cahaya matahari.

2) Penghasilan kolagen.

Vitamin C merupakan komponen penting dan yang paling asas dalam penghasilan hydroxyproline dan hydroxylysine iaitu kedua-duanya diperlukan untuk mencantumkan molekul yang menghasilkan kolagen. Kesannya dapat kulit lebih tegang dan tona kulit lebih sekata. Kekurangan kolagen menjadikan kulit kusam dan tidak bermaya.


3) Membantu dalam penyembuhan luka.

Badan menggunakan vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak dengan membantu menyembuhkan luka dengan kadar yang lebih cepat. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan membantu menghilangkan parut dengan cepat.

4) Melindungi dari perubahan warna kulit.

Vitamin C melindungi DNA daripada reaksi fotokimia yang boleh membawa kepada kanser, perubahan warna kulit dan sesetengahnya kanser kulit. Ia membantu memudarkan tompok-tompok hitam seperti jeragat.

5) Membaiki tekstur kulit.

Kolagen juga menyediakan struktur yang sihat pada saluran darah untuk sistem vaskular yang sihat. Saluran darah yang berada di bawah lapisan kulit membawa oksigen dan nutrient untuk menjadikan kulit sihat. 


Kita boleh mendapatkan sumber vitamin C daripada makanan seharian kita seperti sayur-sayuran dan juga buah-buahan seperti oren, grapefruit, kiwi, brokoli, strawberi dan tomato. Jika anda dapat mengambil vitamin C yang secukupnya dan diperlukan oleh badan maka anda tidak perlu mengambil suplemen lagi.

Bagi yang kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan, pastinya keperluan vitamin C itu tidak cukup untuk badan. Shaklee menghasilkan Sustained Release Vita-C Plus yang boleh membantu untuk keperluan badan kita seharian.

Keistimewaan Sustained Release Vita-C Plus:


>> kawalan pelepasan secara semulajadi sedikit demi sedikit dalam masa 5 jam, sejam= mkn 1 setengah biji oren.

>> Bioflavonoid -penyerapan lagi baik
>> Bersumberkan bahan semulajadi- vitamin C diekstrak dari kanji jagung.



Produk shaklee dijamin:

♥ HALAL
♥ DIUJI SECARA KLINIKAL
♥ BERSUMBERKAN DARI BAHAN SEMULAJADI
♥ TIADA PEWARNA DAN BAHAN PENGAWET
♥ BERKESAN

Jika anda berminat untuk mendapatkan  Set budget untuk kecantikan = Sustained Released Vita-C Plus + Vita E Complex, boleh hubungi saya dengan PM/Whatsapp ya ! Harga menarik menanti anda dan konsultasi akan diberikan :)

Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Distr.
018-7749845

No comments:

Post a Comment