Penghulu Doa

"Ya Allah kurniakan kami seluruh kebaikan ketika di dunia, dan seluruh kebaikan ketika di akhirat serta jauhkan kami daripada api neraka"

MUDAHNYA JADI AHLI

MUDAHNYA JADI AHLI
NIKMATI POTONGAN 20% DISKAUN BARANGAN JIKA ANDA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI DAN SEHINGGA 30% KEUNTUNGAN JIKA ANDA BERBISNES.

Saturday, 22 March 2014

11 Tips Mudah Hamil

Assalamualaikum :)

Setiap wanita pastinya mengimpikan kehadiran cahaya mata apabila sahnya dia bergelar isteri kepada si suami. Antara cepat atau tidak itu bergantung kepada rezeki yang Allah bagi. Apa yang kita boleh buat berusaha, berdoa dan bertawakal kerana hanya Dia lah yang sebaik-baik perancang :)

Berikut adalah 11 tips untuk meningkatkan kesuburan seterusnya hamil dengan cepat dari Dr. Raja Juhaidah:

1) Faham bagaimana kehamilan terjadi.

Wanita yang mempunyai haid yang teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari. Jika dalam masa yang sama berlaku hubungan, sperma dari faraj akan berenang ke dalam rahim dan bertemu dengan ovum yang menunggu di tiub fallopio kemudian persenyawaan pun terjadi. Telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan terjadi kehamilan.

2) Jumpa doktor.

Perkara paling penting. Pastikan diri kita bebas dari masalah kesihatan seperti cyst, fibroid, atau endometriosis dimana penyakit ini kerap dikaitkan dengan kesukaran untuk mendapat anak. Penyakit-penyakit ini tidak mempunyai sebarang tanda-tanda dan gejala menyebabkan wanita sukar untuk mengesan dari awal. Dengan membuat pemeriksaan awal dan dikesan mempunyai penyakit ini, rawatan yang berkesan mungkin dapat diberikan dan dapat mengelak dari masalah sukar hamil.

3) Dapatkan berat badan ideal.

Berat badan juga boleh mempengaruhi kesuburan. Kawal berat badan anda sesuai dengan ketinggian anda. Kira BMI anda dan BMI antara 20-24 menunjukkan berat anda adalah optimal.

4) Ketahui waktu subur anda.

Wajib tau waktu subur anda. Peluang untuk hamil lebih tinggi jika anda tau bila waktu subur anda. Hari subur cuma 4-5 hari. Bagi wanita yang mempunyai haid yang teratur, hari suburnya dapat dikira dengan tetap. Tanda-tanda hari subur adalah seperti suhu badan meningkat, lendir serviks lebih licin dan senak perut. Jika haid tidak teratur agak sukar untuk mengira hari subur dengan tepat. Berjumpalah dengan doktor atau pakar untuk mengetahui bila hari subur anda. Kit ovulasi juga boleh didapati di farmasi untuk meramal masa ovulasi dengan tepat.

5) Hubungan seks yang kerap.

Berhubunglah dengan kerap semasa waktu subur untuk hamil dengan cepat. Posisi juga memainkan peranan penting. 

6) Tingkatkan kesuburan suami.

Bukan sahaja wanita yang perlu subur. Para suami juga mesti mempunyai kesihatan yang baik dan mengamalkan gaya hidup sihat untuk memastikan kesihatan reproduksi berada pada takat optimal.
Elakkan dari merokok, dan minum minuman keras kerana ianya boleh menjejaskan sperma.

7) Mengambil vitamin.

Setiap wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko kecacatan pada janin. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

Shaklee juga ada menyediakan set persediaan hamil untuk wanita dan kesuburan untuk lelaki.


SET UNTUK WANITA


SET KESUBURAN LELAKI

8) Bersenam secara rutin

Bersenam adalah cara yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan secara menyeluruh dan lebih bersedia menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9) Mengambil makanan yang seimbang

Pengambilan makanan yang seimbang sangat penting terutamanya apabila wanita mengalami masalah ovulasi dan ianya berkait rapat dengan PCOS iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dan ia menambah lagi kesukaran untuk hamil. Dengan mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka dan seterusnya kembali berovulasi secara semulajadi. Antara amalan pemakanan sihat yang boleh diamalkan:
  • Amalkan makan lemak monounsaturated contoh boleh terdapat dalam minyak zaiton, mentega kacang, coklat, dan avocado. Kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan segera)
  • Lebihkan protein dari sayuran seperti soya dan kurangkan makan daging.
  • Makan makanan yang berfiber tinggi seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
  • Kurangkan gula dan karbohidrat seperti nasi, mee, bihun
  • Kurangkan makanan berasaskan susu spt ais krim, whole milk dan keju.

10) Kurangkan tekanan

Masalah tekanan juga boleh dikaitkan dengan ketidaksuburan. Oleh itu, buatlah aktiviti-aktiviti yang santai dan relaks dan dapat mengurangkan tekanan anda seperti beriadah, memasak, membaca, mendengar muzik, berspa, menghabiskan masa bersama keluarga, beromantik bersama suami, menonton wayang, dan banyak lagi.

11) Jauhi dadah, merokok dan minum minuman keras

Sebagai orang Islam kita dilarang melakukan sesuatu yang boleh merosakkan diri. Perkara-perkara seperti ini bukan sahaja membahayakan kesihatan malahan ianya memberi kesan negatif kepada tahap kesuburan dan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi semasa kehamilan. Pastikan ubat-ubatan adalah selamat di makan dan juga limitkan minuman kopi.


Walau bagaimanapun, setiap usaha yang dilakukan hendaklah diringi dengan doa yang tidak putus kepada Allah. Amalkanlah surah-surah untuk mudah mendapatkan zuriat dan rajin-rajinkanlah bersedekah kepada orang yang memerlukan. Setelah itu bertawakal dan berserah kepada-Nya. InsyaAllah akan dipermudahkan.

Jika anda berminat untuk mencuba Set Kesuburan Shaklee, jangan segan untuk pm/Whatsapp saya ya. Saya akan cuba membantu anda mana semampu saya :)

Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Distr.
018-7749845

No comments:

Post a Comment