Assalamualaikum ! :)
Warna apa yang penting sangat tu? Meh cek nak habaq kat hangpa semua. Bukan baju, dress, palazo, pelikat pants, shawl, jubah, rumah je yang boleh warna warni. Pemakanan kita pun perlu ada warna-warni tau sebab dalam warna-warna ni terdapat khasiatnya yang tersendiri.
Terdapat 5 warna yang penting dalam pemakanan seharian kita dan biasanya boleh didapati dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Ianya dipanggil sebagai Phytonutrients. Phtonutrients ni adalah bahan kimia semualajadi yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan iaitu pigmen yang terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan.
Jom tengok 5 warna yang penting tu:
MERAH (Lycopene)
Memelihara prostat, DNA, dan melindungi daripada kanser dan penyakit kardiovaskular
Contoh: Tomato, buah delima, tembikai, epal merah
HIJAU (Isoflavine, lutein)
Menyokong kesihatan mata, hati, paru-paru dan sel serta membantu dalam mempercepatkan penyembuhan luka dan menguatkan gusi
Contoh: Sayuran berdaun hijau, brokoli, kiwi
UNGU (Flavonoids)
Sangat baik untuk memelihara kesihatan jantung, tulang, arteri, melawan kanser dan melambatkan penuaan.
Contoh: Anggur, blueberry, terung
PUTIH (Allicin)
Meyokong kesihatan tulang, sistem peraliran darah dan juga boleh membantu melawan kanser dan penyakit jantung.
Contoh: bawang putih
KUNING (Beta-carotene, lutein, zeaxanthin)
Baik untuk kesihatan mata, menguatkan imun sistem badan, dan membantu pertumbuhan badan berlaku dengan sihat.
Contoh: Oren, Jagung, betik, labu
Oleh itu, pastikan makanan harian anda ada warna-warna ini ya. Peringatan untuk diri sendiri jugak yang liat sangat nak makan sayur. Hehe
**Promosi March Shaklee: ESP beli 6 percuma 1 !! Nak beli satu pun boleh. Harga tengah murah gila ni. Cuma PM/Whatsapp/SMS saya ya. **
Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Distr.
018-7749845
No comments:
Post a Comment