Penghulu Doa

"Ya Allah kurniakan kami seluruh kebaikan ketika di dunia, dan seluruh kebaikan ketika di akhirat serta jauhkan kami daripada api neraka"

MUDAHNYA JADI AHLI

MUDAHNYA JADI AHLI
NIKMATI POTONGAN 20% DISKAUN BARANGAN JIKA ANDA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI DAN SEHINGGA 30% KEUNTUNGAN JIKA ANDA BERBISNES.

Saturday, 18 October 2014

Jerawat Kurang dengan Set Jerawat Shaklee

Assalamualaikum :)

Kenapa jerawat naik mendadak secara tiba-tiba ni?? 



Cek balik sebab kenapa jerawat naik. Adakah disebabkan punca-punca berikut?

1. Stress.
2. Pemakanan harian. 
3. Penjagaan muka harian.
4. Hormon tak balance pada waktu-waktu tertentu.
5. Penggunaan alat mekap.

Jika ya jawapan anda, punca-punca diatas perlu diatasi. Saya pernah berjumpa pakar berkenaan dengan masalah jerawat yang saya hadapi. Pakar sarankan saya kurangkan makanan yang tinggi gula kerana bakteria suka akan gula dan senang untuk membiak. Selain itu, pemakanan yang tinggi gula akan mempengaruhi tahap insulin seterusnya mempengaruhi hormon-hormon lain dalam badan termasuk hormon androgen.

Dengan pengambilan zat yang mencukupi dgn makanan yang tinggi anti-oksida seperti vitamin A,C dan E, kulit yang berjerawat dapat diatasi. Ini kerana pengambilan vitamin tinggi anti-oksida dapat melindungi kulit daripada dirosakkan lagi oleh sel perosak dan bertindak sebagai agen anti penuaan.

Pengambilan protein yang tinggi juga dapat memperbaiki tisu-tisu kulit yang rosak dan menghasilkan tisu yang baru. 

Makanan yang tinggi vitamin B juga baik untuk mengurangkan jerawat kerana vitamin B mampu mengurangkan stress dan mengawal emosi yang boleh mengakibatkan stress.  Selain itu, vitamin B dapat mengurangkan merah-merah akibat jerawat. 

Sesetengah jerawat boleh diatasi dengan menyingkirkan toksin dalam badan dengan cara melakukan detoks. Ini kerana toksin yang terkumpul dalam badan boleh menyebabkan toksik pada sel-sel badan.

Shaklee menyediakan rangkaian Set Jerawat yang merangkumi vitamin-vitamin di atas mengikut keadaan jerawat seseorang. Jerawat boleh diatasi dengan Set Jerawat Shaklee berikut:

Set D  - B complex + Vita-E Complex + Vita-C Plus
Set D + ESP (Protein)
Set D + ESP + Alfalfa (detoks) - Sesuai untuk jerawat yang serius seperti bernanah
♥ Set D + ESP + GLA complex - Untuk balancekan hormon dan kesan yang lebih cepat.

dan banyak lagi kombinasi vitamin shaklee mengikut keadaan jerawat. Tak salahkan untuk berbelanja lebih untuk mendapatkan kulit yang cantik? Tambahan pula setiap set boleh tahan hingga 2-4 bulan. Sangat berbaloi.

Saya adalah pengguna salah satu set jerawat diatas. Penggunaan yang konsisten dapat menghasilkan keputusan yang memberangsangkan. Yang penting sabar kerana tiada jalan mudah untuk cantik. Jangan lupa minum air masak 2-3 liter sehari juga ya.


Jom cantik dengan shaklee !


Hubungi saya:
Yasmin Hashim
Shaklee Ind Distr.
PM/Whatsapp: 018-7749845
Email: meen2425@gmail.com
FB: www.facebook.com/yasminhashim





Thursday, 16 October 2014

Herblax - Katakan Tidak Pada Buncit !

Assalamualaikum :)



Saya runsing perut saya dah buncit ! 
Banyakkan lah buat sit up/exercise.
Ala takde lagi cepat ke?? Penat lah nak exercise/sit up bagai ni.

Haa mesti pernah alami situasi ni kan. Nak kempiskan perut tapi nak yang cepat je. Suruh exercise pulak tak nak. Lambat dan penat katenye. Mana lah dalam dunia ni benda yang express macam tu wahai akak dan abang-abang sekalian.

Nak kurangkan perut buncit secara sihat dan semulajadi senang je! 

1. Makan banyak makanan berserat tinggi spt oat, roti berserat penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran.
2. Bersenam. (Ni memang kena buat)
3. Amalkan minum air masak 3 liter/8 gelas sehari. Kurangkan air manis.
4. Elakkan stress,

Apa? Dah cuba cara di atas pun masih lagi buncit? 

Jangan gelabah ! Cuba cari alternatif lain seperti mengambil makanan tambahan/suplemen. Tapi pilih betul-betul. Pastikan HALAL, SELAMAT, SEMULA JADI, ADA KELULUSAN KKM, BEBAS DARI BAHAN KIMIA TERLARANG & DIUJI SECARA KLINIKAL.

Herb-lax Shaklee lah jawapannya !


Nama pun HERB-Lax dah tentu ianya adalah daripada ramuan herba-herba semulajadi. Ada 9 herba yang terdapat dalam Herblax:

♥ Alfalfa Leaves - Bersihkan usus
♥ Senna Leaves - Rangsang pembersihan perut & usus dengan lembut
♥ Anise Seed - Rangsang jus gastrik untuk proses pencernaan.
♥ Blue Malva Flower - Bantu detoks
♥ Buckhorn bark - Lembutkan najis untuk najis senang keluar.
♥ Licorice root - Bantu detoks.
♥ Rhubarb root- Perubatan Cina guna sebagai antibiotik.
♥ Fennel seeds - Keluarkan toksin yang terkumpul.
♥ Culver's root  - Bantu masalah lebihan air.

**Amaran ! : Produk ini mengandungi alfalfa. Jadi, pesakit lupus eritematosus sistemik perlu dapat nasihat dari pakar sebelum mengambil produk ini.


Daripada fungsi-fungsi herba di atas dapatlah kelebihan Herb-Lax seperti berikut:

♥ Membantu masalah sembelit.
♥ Melawaskan pembuangan najis.
♥ Melatih pergerakan usus untuk membuang semula jadi.
♥ Bila masalah sembelit hilang, automatik perut pun boleh kempis.
♥ Membantu menyingkirkan toksin.
♥ Merangsang usus mempercepatkan proses pembuangan.
♥ Menghilangkan bau mulut kerana masalah bau mulut ada kaitan dengan usus yang tak sihat.
♥ Elakkan kembung perut. Kembung salah satu punca perut buncit.
♥ Mencegah penyakit kulit.

Wow banyakkan kelebihan Herb -Lax ni. Lihatlah testimoni mereka yang dah mencubanya !



Katakan tidak pada perut Buncit ! Jangan lupa amalkan diet seimbang juga ya :)

Hubungi saya:

Yasmin Hashim
Shaklee Ind Distr.
PM/Whatsapp: 018-7749845
Email: meen2425@gmail.com
FB: www.facebook.com/yasminhashim







Wednesday, 15 October 2014

Vitamin C Elak Penyakit Skurvi

Assalamualaikum :)


Setelah beberapa lamanya tak update. Huh berkusam dah blog ni.

Hari Isnin lepas, min ada baca satu artikel berkenaan penyakit Skurvi. Huish ngeri jugak bila baca dan tengok kesan-kesan penyakit ni. Jom min belanja ilmu sikit tentang Skurvi ni.



Sumber: Google

=====================================================================
SKURVI

Sejenis penyakit yang disebabkan oleh kekurangan Vitamin C yang berpanjangan. Skurvi boleh menyebabkan seseorang yang mengalami kerosakan gigi, tulang rapuh, penghasilan kolagen terjejas, pendarahan pada gusi, pendarahan di bawah kulit dan sekitar liang roma dan bulu roma kerinting.

=====================================================================

Di Malaysia, jarang-jarang kita dengar ada yang kena penyakit ni. Tapi kalau kita jenis yang susah nak makan sayur, buah dan tak juga ambil apa-apa suplemen vitamin C, kita cenderung untuk mendapatkan penyakit skurvi ini.

Vitamin C tidak akan tahan lama dalam tubuh badan kita dan ianya akan hilang melalui proses perkumuhan seperti membuang air kecil. Vitamin C boleh kehabisan dalam tempoh satu hingga 3 bulan. Ianya tidak boleh dihasilkan sendiri oleh badan dan perlu diambil dari diet seharian kita melalui pemakanan yang kaya dengan vitamin C.

Antara golongan yang berisiko mendapat skurvi adalah:

1. Bayi yang diberikan susu lembu dalam tempoh satu tahun. Sebab tu kita digalakkan bagi susu badan. Lagi berkhasiat.
2. Individu yang gemar mengambil alkohol
3. Orang yang suka diet ikutan.
4. Warga tua yang gemar makan roti & teh sahaja serta tinggal sendirian
5. Suka makan jajan/makanan ringan.
6. Pelarian yang hanya mendapat bekalan makanan terhad.
7. Perokok.
8. Wanita hamil atau yang sedang menyusukan anak.
9. Pesakit aneroksia.
10. Pesakit diabete jenis 1.
11. Pesakit buah pinggang yang menjalani dialisis.
12. Mereka yang mengandungi kandungan zat besi terlalu tinggi dalam badan.

Senang je nak dapat vitamin C ini. Banyakkan makan sayur dan buah seperti buah limau, lemon, buah beri, tembikai susu, epal,  brokoli, bayam, tomato dan banyak lagi lah. 

Nak lagi senang ambil suplemen. Telan sahaja sebiji Sustained Release Vita-C Plus anda dah dapat 500mg sehari. Camne tu sebiji je boleh dapat 500mg?

1 biji Vita-C Plus = Makan 7 1/2 biji oren dalam 5 jam
  • Sustained release - pelepasan perlahan-lahan selama 5 jam. Vitamin C boleh duduk lama dalam badan.
  • Ada bahan semulajadi seperti bioflavonoid, hesperidin dan rose hips powder - tingkatkan penyerapan vitamin C dan cegah vitamin C dari teroksida lebih cepat.
  • Shaklee buat vita-C plus ni menyerupai struktur molekul dalam buah sitrus.

Kalau nak dapat 500mg kena makan 7 1/2 biji oren dalam satu hari?? mau kembung perut tu. Jadi apa tunggu lagi jom dapatkan Sustained Release Vita-C Plus sekarang !

Cegah Skurvi, Gigi Sihat, Kulit Pun Cantik ! :)


Testimoni : 



Hubungi saya:

Yasmin Hashim
Shaklee Ind Distr.
PM/Whatsapp: 018-7749845
Email: meen2425@gmail.com
FB: www.facebook.com/yasminhashim