Penghulu Doa

"Ya Allah kurniakan kami seluruh kebaikan ketika di dunia, dan seluruh kebaikan ketika di akhirat serta jauhkan kami daripada api neraka"

MUDAHNYA JADI AHLI

MUDAHNYA JADI AHLI
NIKMATI POTONGAN 20% DISKAUN BARANGAN JIKA ANDA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI DAN SEHINGGA 30% KEUNTUNGAN JIKA ANDA BERBISNES.

Friday, 30 May 2014

"ESP Shaklee Banyak Ubah Diri Saya !"

Assalamualaikum :)

ESP Soy Protein Isolate Powder adalah antara produk yang paling hot kat market sekarang. Pergi mana-mana pun orang dah kenal ESP ni. Antara nak dan taknak cuba try test minum je. Sekali minum pasti jatuh cinta bak hang. hihi

ESP tu ape? 
Bagi yang tak ambil kisah sangat pasal ESP ni meh kawan nak cerita. ESP ni sejenis makanan tambahan yang berasaskan protein dari sumber protein soya yang terbaik. Kandungan proteinnya tinggi iaitu sebanyak 14gram. Yang bestnya, ESP shaklee ni dihasilkan dari protein soya non-GMO iaitu dimana struktur asal genetiknya tidak diubah.

Ramai dah cuba ESP ni dan rata-rata memberi respon yang positif. Kalau korang nak tahu protein adalah kedua terpenting selepas air. Sel-sel badan kita memerlukan protein untuk melakukan sintesin sel dan sebagai sumber untuk tumbesaran, memperbaiki tisu yang rosak dan membina tisu yang baru. 

Min nak kongsi dengan awak-awak semua tentang seorang customer yang konsisten mengambil ESP as daily supplement. Nah kalau kita konsisten, sabar dan tak cepat putus asa result dia pasti sangat memuaskan. Yang penting usaha kena ada, lain-lain DIA punya kerja

Bila sel kita sihat dan sentiasa di ganti dengan yang baru, barulah badan jadi lebih sihat dan cantik :)

Klik untuk lebih jelas

Jom jadi gebu dan cantik dengan ESP !

Nak cuba? Mudah je caranya:

Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Distr.
SMS/PM/Whatsapp: 018-7749845
Email: meen2425@gmail.com

Tuesday, 27 May 2014

Kelebihan GLA Complex Dalam Membantu Kehamilan

Assalamualaikum :)



GLA atau nama panjangnya Gamma-Linolenic Acid merupakan sejenis Omega-6 yang kebanyakannya di dapati dalam minyak berasaskan bunga seperti borage oil, evening primrose oil, dan black current seed oil. Omega 6 merupakan asid lemak penting yang diperlukan oleh tubuh dan tidak boleh dihasilkan oleh tubuh. Oleh sebab itu, kita perlu mendapatkannya dari pemakanan seharian.

Antara fungsi GLA adalah:

✔ Mengurangkan simptom kebas-kebas bagi pesakit diabetic.
✔ Membantu mengurangkan rasa sakit pada sendi bagi penghidap athritis.
✔ Membantu melegakan simptom eczema.
✔ Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi apabila diambil bersama omega-3.
✔ Membantu mengurangkan simptom pre-menopouse seperti rasa panas, moody, berpeluh-peluh waktu malam.
✔ Membantu mencegah osteoprosis
✔ Melegakan simptom PMS seperti senggugut, payudara menegang, kemurungan, stress, dan lain-lain.

Dari segi membantu wanita untuk hamil, GLA membantu meningkatkan kesuburan wanita dengan menghasilkan lendiran serviks yang mencukupi dan tetap untuk memnudahkan sperma berenang ke dalam uterus dan ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan ovum. Lendiran serviks ini adalah sejenis pelincir yang memudahkan sperma berenang ke dalam laluan pembiakan dengan lancar tanpa ada gangguan. 

Bila lendiran serviks itu dalam keadaan yang mencukupi dan konsisten, peluang untuk sperma survive adalah tinggi dan kebarangkalian untuk wanita hamil adalah mudah.

Kenapa GLA Complex Shaklee adalah pilihan TERBAIK pengguna?


Kebanyakan GLA yang berada di pasaran adalah dihasilkan daripada evening primrose oil. GLA dari shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih 2 kali ganda GLA dalam evening primrose oil. Borage juga mempunyai 3 kali ganda kebolehserapan dan 3 kali ganda lebih berkesan dari EPO. 

Semestinya, borage yang diekstrak adalah ditanam secara organik.

GLA complex shaklee digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan kestabilan dan keberkesanannya

Atas izin dan kehendak-Nya, ramai pengguna telah berjaya hamil. Yang penting usaha kena ada, lain-lain DIA yang punya kerja :)


Pengambilan set kesuburan: GLA Complex + ESP

Pengambilan Set Kesuburan GLA complex + ESP. Tapi kadang-kadang je minum ESP. Tahniah kawan ! :)


Alhamdulillah. Mereka dah cuba dan disertai dengan doa dan usaha yang tak putus-putus. Rezeki Allah sangat luas dan bila kita mintak dengan betul dia akan bagi :)

Oh ya bila dah confirm pregnant GLA dah kena stop ye. Tak boleh makan lagi sebab boleh membahayakan baby.

Nak cuba?
Pm/Whatsapp anda amat dialu-alukan. Konsultasi akan diberikan :)

Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Distr.
PM/Whatsapp: 018-7749845
Email: meen2425@gmail.com

Artikel diolah dari Sini dan Sini.



Monday, 26 May 2014

Kurangkan Gula Selamatkan Kulit !

Assalamualaikum :)

"Awak kena kurangkan makan benda manis-manis" 
"Err.."
"Macam aiskrim, coklat, kek"
Dalam hati dah jerit "Tidakkkkk !!"

Sumber: Google


Eh saya bukan kena kencing manis tau. Jangan salah faham ye. Sebenarnya sejak-sejak ni, memang jerawat naik mencanak-canak. Dulu ada jugak, tapi tak tahulah kenapa sejak-sejak ni dia makin naik. 

Sebab makan vitamin Shaklee kot?

NO and YES !

NO - Bukan sebab vitamin shaklee tu merbahaya.

YES -Bila kita makan supplement, perkara sebegini biasa terjadi dan ini dikenali sebagai healing crisis. Sebabtu kena minum air banyak2.

Saya dah consume shaklee ni lama jugak and sangat berpuas hati. Mungkin sekarang baru dapat healing crisisnye. Semua toksin baru nak keluar sekarang. T_T Memang saya akui lately ni kurang minum air. That's why laaa degil sangat. Jangan tiru ye.

So akibatnya mak paksa jugak pegi klinik kulit. As expected, doc bagi antibiotik untuk makan. Bencinya kena makan antibiotik ! Tapi terpaksa jugak sebab dah pergi dan dah bayar (kalau murah takpela jugak). Tapi vitamin shaklee tetap ku makan untuk cepatkan proses healing tu. Now, alhamdulillah dah kurang and tinggal parut. Nasib baik ada vita-E Complex :)

So berbalik pada dialog tadi, kenapa doc tak bagi makan benda-benda manis? Apa kaitan benda manis dengan jerawat?

Bakteria membiak dengan lebih cepat dalam persekitaran yang bergula tinggi. Dengan keadaan itu, jangkitan akan menjadi teruk dan susah untuk diubati. Sesetengah makanan manis boleh menyebabkan paras insulin menaik dengan lebih cepat seterusnya mengakibatkan keradangan pada sel. Insulin yang berlebihan dalam aliran darah akan merangsang tindak balas hormon endokrin yang boleh membawa kepada pertumbuhan sel-sel yang menyebabkan liang tersumbat dan juga mengaktifkan kelenjar minyak.

Owhh macam tu. Hmm mungkin jugak makan manis banyak sangat. Lepastu kurang minum air. Memang patutla pun. 

Demi untuk kulit akan ku pantang makan-makanan manis ini. Selain benda-benda manis, make sure korang hindari makanan yang mempunyai high glycemic index macam roti, kentang, fastfood, pizza (alamak tengah hari tadi baru makan piza haha),sweet potato dan macam-macam lagi. Boleh refer di sini



Haa ESP shaklee tu category low glycemic index food. Minum ESP jelahhh hihi :)

Nak dapatkan ESP dan Set Jerawat? Hubungi saya:

Pm/whatsap: 018-7749845
Email: meen2425@gmail.com
FB: www.facebook.com/yasminhashim

Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Distr.


Sumber artikel di peroleh dari : Sini dan sini

Saturday, 24 May 2014

Taugeh Membantu Tingkatkan Kesuburan

Assalamualaikum :)

Ada akak kat ofis kata nak cepat mengandung makanlah taugeh. Erk? Taugeh?


Macam mana dengan makan taugeh boleh bantu untuk cepat mengandung? Setelah di google tahulah saya bahawa taugeh ni banyak gila khasiat dia. 

Di dalam taugeh tersimpan banyak vitamin dan minerals iaitu Vitamin A, B,C, B1, B6, K, Iron, Magnesium, Kalsium, Fosforus, Manganese, Potassium dan juga Omega -3. Ha banyak kan? Taugeh juga merupakan sumber terbaik protein, kalsium dan juga folate.

Dari segi membantu kesuburan, taugeh mampu untuk meningkatkan kualiti sperma lelaki jika diambil secara kerap. Ini kerana, kandungan Vitamin E dalam taugeh iaitu mampu meningkatkan kesuburan lelaki. Vitamin E adalah sejenis antioksida yang menghalang sperma daripada serangan radikal bebas. Bagi wanita pula, taugeh mempunyai estrogen semulajadi dimana fungsinya sama seperti sintesis estrogen. Seperti yang diketahui, estrogen mampu untuk mencegah osteoprosis, pre-menopaus, menstrual, dan juga mencegah breast kanser.

More info pasal khasiat taugeh, boleh refer kat sini.

So kawan-kawan yang tengah cuba untuk hamil tu bolehlah try bagi encik husband makan taugeh hari-hari. hihi. Korang pun kena la makan jugak. Tapi yang paling mujarab, makan taugeh yang ditanam sendiri. Fresh and paling penting bebas bahan kimia kan?

Tapi for those yang tak suka makan taugeh macam saya, jangan risau ! Shaklee yang semestinya selamat dan semula jadi ni ada SET UNTUK KESUBURAN LELAKI dan WANITA  yang consists of:


Yang penting kita usaha, yang lain semua DIA punya kerja :)

Yasmin Hashim
Shaklee Ind.  Distr.
PM/Whatsapp: 018-7749845
Email: meen2425@gmail.com

Sunday, 18 May 2014

Atasi Anemia Ketika Hamil Dengan VITA-LEA

Assalamualaikum :)

Anemia merupakan salah satu penyakit kekurangan sel darah merah dan seterusnya boleh menyebabkan oxygen tidak cukup untuk dibekalkan seluruh badan. Sebab tu orang yang menghidap anemia ni cepat letih dan selalu kurang bermaya. 



Sel darah merah berkurang adalah disebabkan oleh dua perkara iaitu sama ada kurang penghasilan sel darah atau pun banyak kehilangan sel darah merah. Sel darah merah dihasilkan di dalam sum-sum tulang dan jangka hayatnya adalah 4 bulan. Untuk menghasikan sel darah merah, badan memerlukan iron, vitamin B12 dan juga asid folik.

PUNCA ANEMIA KETIKA HAMIL

Bila seseorang disahkan hamil, nutrisi dan zat yang diperlukan oleh tubuh meningkat. Begitu juga keperluan zat besi untuk menghasilkan lebih banyak sel darah merah untuk membantu perkembangan bayi. Ini kerana bayi mendapat nutrisi dan bekalan oxygen daripada ibunya. Disebabkan itu ibu hamil mudah untuk mendapat anemia.

Antara punca anemia ketika hamil:

1. Pengambilan iron yang rendah dalam diet.
2. Kurang pengambilan diet yang tinggi asid folic atau kurang vitamin B12.
3. Kehilangan darah disebabkan buasir yang teruk atau pun ulser perut.
4. Anemia biasa kena pada wanita yang hamil kembar dua atau tiga.

Tanda-tanda anemia adalah letih, tidak bermaya, pucat, jantung berdegup laju dan tak sekata, sukar bernafas dan pening kepala.

Ibu hamil disarankan untuk mengambil makanan yang kaya dengan iron, vitamin B12 dan juga asid folic untuk mengurangkan anemia. Antara makanan yang kaya dengan zat besi dan folic acid adalah seperti daging, bayam, telur, buah-buahan kering, kekacang, brokoli.

VITA-LEA SHAKLEE BANTU ATASI ANEMIA

Vita-Lea shaklee sejenis multivitamin yang cukup dengan vitamin dan mineral diformulasi dengan Iron terbukti mampu untuk mengurangkan masalah anemia untuk ibu hamil :)

Antara keistimewaan Vita-Lea

--> http://alkisahyasmin.blogspot.com/2014/02/umur-vita-lea-dah-cecah-hampir-100-tahun.html

Pastinya vitamin shaklee:

ALWAYS SAFE
ALWAYS WORK 
ALWAYS GREEN



Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Distr.
SMS/Whatsapp: 018-7749845
Email: meen2425@gmail.com


*Produk di atas tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.
** Tulisan diolah dan diinspirasi dari sini

Monday, 12 May 2014

Migrain Lagi ! Painkiller Lagi ! Bosannya !

Assalamualaikum :)

Sapa-sapa yang ada migrain ni mesti diorang akan tahu betapa sakitnya bila dia datang. Sampai tahap nak tanggalkan kepala dari badan (ok tipu !).



Migrain dikenali juga sebagai hemikrania iaitu perkataan Greek yang bermaksud sebelah tengkorak. Salah satu rencana yang dipetik daripada Dewan Kosmik Julai 2012 menyatakan perkataan migrain diambil daripada perkataan Perancis yang bermaksud sakit kepala sebelah.

Migrain merupakan sakit kepala yang berlaku berulang, berdenyut-denyut yang selalunya terjadi sebelah kepala sahaja dan kemudian melarat kepada kedua-dua belah. Kadang-kadang ada kes yang teruk sampai muntah-muntah, pening, cirit-birit, pengumpulan cecair dalam badan dan sensitif terhadap bunyi dan cahaya.

Migrain berlaku bila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat. Ada kajian yang dibuat mengatakan migrain ada kaitan dengan keturunan/genetik. Jadi ia susah untuk diubati. Pesakit migrain selalunya akan bergantung dengan pain killer untuk meredakan sakit. 


Tapi sampai bila nak bergantung dengan pain killer? Pain killer pun kalau diambil dengan jangka masa panjang boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh terutama usus dan perut.

Menurut beberapa kajian, serangan migrain mampu dikurangkan dengan pengambilan vitamin B2, B6, B12 dan asid folik jika diamalkan selama 3-6 bulan. 

Ini kerana, bagi mereka yang mempunyai baka penghidap migrain, terdapat mutasi pada genetiknya. Tubuh badan pesakit menghasilkan lebih banyak asid homocysteine yang boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dan seterusnya boleh mengakibatkan stroke.

Vitamin B6, B12 dan folic acid dapat merendahkan kandungan asid homocysteine tersebut. Manakala vitamin B2 diperlukan untuk menjana tenaga kepada sel tubuh. Jika sel tidak mendapatkan tenaga yang secukupnya fungsi lain juga akan turut terjejas.

SET MIGRAIN SHAKLEE

Mengandungi tiga vitamin berikut:

✔ Vitamin B-Complex with Folic acid : Mengandungi 8 Vitamin B lengkap. Tanpa salah satu daripadanya, tindakan nya tidak akan berkesan

Ostematrix : Mengadungi kandungan magnesium yang tinggi untuk merehatkan otot dan membantu memperbaiki mood swing

SR Vita-C Plus : Perlepasan perlahan-lahan kedalam sel sehingga 5 jam. Menguatkan imun sistem badan


Jom ubah jadi lebih sihat ! Bila lagi nak ubah. Mencegah kan lebih baik daripada merawat. Migrain tak boleh hilang tapi ianya boleh dikurangkan. Anda pilih !

Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Distr.
SMS/Whatsapp/Wechat: 018-7749845
Email: meen2425@gmail.com

*Produk di atas tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.
** Tulisan diolah dan diinspirasi dari sini dan sini

Sunday, 11 May 2014

Antibiotik dan Kanak-Kanak

Assalamualaikum :)

Haii dah lamanya tak update. Sihat tak? hehe.



Entry kali ni nak cerita pasal antibiotik. Dah macam doktor pulak kan nak cerita pasal antibiotik. Cuma nak kongsi sahaja. Nak kata pandai sangat idok ler.

Antibiotik digunakan untuk membunuh bakteria atau merencatkan aktiviti bakteria. Para doktor tidak akan sewenang-wenangnya memberi antibiotik kepada pesakit jika ianya bukan disebabkan oleh jangkitan bakteria.

Pengalaman bekerja di farmasi 2 tahun lalu memberi kesedaran kepada saya yang antibiotik bukanlah digunakan untuk merawat semua penyakit. Jika penyakit disebabkan oleh jangkitan virus, pengambilan antibiotik tidak akan berkesan. Antibiotik juga tidak boleh dibeli difarmasi tanpa ada preskripsi dari doktor.

Ada juga patient yang datang ke farmasi yang nak sangat antibiotik. Sakit gigi pun nak antibiotik. Haishh tak paham betul dengan mereka ni. Kalau tak dapat tu siap nak mengamuk lagi kat kedai. Payah betul nak educate orang yang obses sangat dengan antibiotik.


Kanak-kanak yang mengalami demam, selesema dan batuk, tidak semestinya doktor akan memberikan antibiotik jika bukan disebabkan bakteria. Kebanyakan penyakit ini adalah akibat jangkitan virus dan antibodi yang ada dalam tubuh kanak-kanak tersebut lah yang mengawal jangkitan virus.

Ibu bapa perlu tahu yang penggunaan antibiotik bukan sahaja akan membunuh bakteria jahat yang ada dalam badan malah ia juga membunuh bakteria baik. Jika terlalu kerap penggunaan antibiotik kepada kanak-kanak, antibodi badan kanak-kanak akan menjadi lemah kerana semua bakteria baik dalam tubuh kanak-kanak musnah.


Penggunaan antibiotik secara sembarangan juga boleh mengakibatkan bakteria menjadi resistance terhadap antibiotik yang diberikan. Iaitu bakteria akan menjadi lali dan kebal  kemudiannya menyebabkan penyakit sukar untuk dirawat.

Jadi sebagai ibu bapa tentu kesihatan anak menjadi keutamaan kerana anak adalah harta yang paling beharga. Pastikan korang tahu dan faham tentang fungsi antibiotik ini. Terdapat banyak risalah-risalah yang boleh korang dapati di klinik atau hospital berkenaan antibiotik. Jadi sila ambil langkah segera !



MEI INI SAHAJA
PROMOSI MEALSHAKE
BELI 6 PERCUMA 1



Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Distr.
SMS/Whatsapp: 018-7749845
Email: meen2425@gmail.com
PM: https://www.facebook.com/yasminhashim

*Tulisan berdasarkan artikel di sini

Saturday, 3 May 2014

Tips Regangan di Pejabat

Assalamualaikum :)

Semalam google lepastu jumpa cara bersenam bila kita duduk dekat meja. Duduk terlalu lama pun boleh meningkatkan risiko mati sebanyak 40% tau. Jangan main-main. Haaa sesuai sangat untuk mereka yang kerja di pejabat.

sumber: officevibe

17 Desk Stretches That Might Save Your Life