Penghulu Doa

"Ya Allah kurniakan kami seluruh kebaikan ketika di dunia, dan seluruh kebaikan ketika di akhirat serta jauhkan kami daripada api neraka"

MUDAHNYA JADI AHLI

MUDAHNYA JADI AHLI
NIKMATI POTONGAN 20% DISKAUN BARANGAN JIKA ANDA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI DAN SEHINGGA 30% KEUNTUNGAN JIKA ANDA BERBISNES.

Sunday, 23 February 2014

Yang Mana Satu?

Assalamualaikum ! :)

Tulisan berikut mungkin agak menggelikan. Make sure korang dah selesai makan dan minum sebelum membaca. Kalau rasa agak jijik jangan baca okay :)

Pernah tak korang tau ada 7 skala najis. Dan daripada skala tu kita boleh tau yang najis kita sihat atau tak. Korang boleh refer kat gambar bawah ni:

Sumber dari Google

Kalau korang tengok dari carta di atas pun dah tau yang mana satu yang sihat dan yang mana tak kan. Dah tentu yang Type 3 dan 4. Type 1 dan 2 menunjukkan sembelit. Manakala type 5 hingga 7 menunjukkan cirit-birit atau pun diarrhea. Dinasihatkan untuk berjumpa doktor jika buang air lebih dari 3 kali dan bentuknya seperti type 6-7.

Jadi bagaimana untuk mendapatkan bentuk najis yang normal, tak perlu meneran setiap kali ke tandas?

> Minum banyak air sekurang-kurangnya 2.5 hingga 3 liter setiap hari <

Ini merupakan asas utama dalam tubuh badan. Dalam perjalanan makanan ke usus besar, air akan diserap untuk menjadikan najis yang lembut. Badan yang kering boleh menyebabkan sembelit kerana badan akan menyerap apa saja baki air dalam tubuh. 

> Pengambilan serat <

Pengambilan serat penting untuk melancarkan proses pencernaan dan mencegah sembelit. Serat yang tak larut akan membantu menahan air dan menambah berat dan isipadu najis sehingga mudah dikeluarkan. Makanan berserat tinggi boleh didapati dari sayur-sayuran seperti brokoli, kobis, sawi hijau, timun dan bayam manakala dari buah-buahan pulak korang boleh makan betik, pisang, epal, dan nangka.

> Pastikan makan -makanan yang bersih dan dimasak terlebih dahulu <

Yang ini untuk elakkan korang kena cirit birit. Makanan yang tak dibasuh bersih dan tak dimasak mungkin boleh mengaktifkan bakteria yang boleh menyebabkan cirit birit seperti E.coli dan lain-lain lagi. 

> Detoks iaitu nyahtoksinkan badan anda <

Badan yang bertoksin adalah salah satu penyebab kepada masalah ini. Dalam tubuh badan kita, toksin disimpan di dalam hati untuk sebelum di buang. Apabila hati tidak mampu lagi untuk menyimpan toksin, ianya akan disimpan di setiap organ dalam tubuh. Sembelit dan cirit-birit adalah salah satu tanda badan kita bertoksin. Jadi kita digalakkan untuk melakukan detoksifikasi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.

Jika anda nak rasai dan cuba Super Detox Set, jangan ragu-ragu untuk hubungi saya ya. Harga hebat dan tahan lama :)
Set Super Detoks
Yasmin Hashim
SID
018-7749845

Thursday, 13 February 2014

Umur Vita-Lea Dah Cecah Hampir 100 Tahun !!

Assalamualaikum ! :)

Mesti kawan-kawan pelik kan? vitamin pun ada umur? hehe. Ye umur Vita-Lea Shaklee tu nak dekat 100 tahun dah. Ianya lahir pada tahun 1915. Siapa yang membangunkan Vita-Lea? Ni ha orangnya:

Dr. Forrest C. Shaklee

Beliau adalah pengasas Shaklee. Beliau lah yang memperkenalkan "Vitalized Minerals" pada tahun 1915. Ianya merupakan salah satu multivitamin yang pertama diciptakan di dunia. Kemudian ianya berkembang seiring dengan teknologi terkini daripada dalam bentuk cecair dan kini adalah dalam bentuk tablet yang sekarang namanya adalah Vita-Lea. Bawah ni gambar "Vitalized Minerals" yang asal sekali dan Vitalea terkini.


FAKTA MENGENAI VITA-LEA
  • Mengandungi kandungan 28 vitamin dan minerals dalam satu tablet.
  • Disokong oleh 7 kajian klinikal.
  • Teknologi saluran mikro membantu pembebasan segera ke dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.
  • Menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan keberkesanan produk.
  • Vitamin yang larut paling pantas di dunia yang larut dalam air membuatkan ianya mudah serap dalam tubuh.
APA YANG VITA-LEA NI BOLEH BANTU?

> Meningkatkan tenaga segera dengan memberi kecegasan menyeluruh kepada tubuh mental seterusnya membantu meningkatkan ingatan yang baik serta lebih fokus terhadap sesuatu perkara.
> Melengkapkan nutrisi harian kita terutama kepada mereka yang tidak mengambil makanan seimbang dan yang tidak mengambil sayuran dalam menu harian mereka. 
> Meningkatkan Sistem Produktif kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
> Membantu dalam stimulasi Metabolisma badan dan melambatkan proses penuaan 
> Melindungi fungsi organ seperti buah pinggang, jantung dan hati.

SIAPA YANG PERLUKAN VITA-LEA

>> Semua orang tidak kira jantina lelaki atau perempuan yang mementingkan kesihatan dan nutrien yang cukup.
>> Remaja yang aktif.
>> Orang dewasa yang berumur.
>> Orang yang mempunyai tekanan darah yang rendah termasuk ibu-ibu mengandung yang mempunyai bacaan HB yang rendah.
>> Orang yang selalu letih, tidak bermaya dan lesu.
>> Orang yang tidak mengamalkan diet pemakanan yang seimbang.
>> Wanita berumur yang mengalami peringkat pos-menopous.

Ha apa tunggu lagi. Jom hadiahkan vitamin istimewa ini untuk orang-orang kesayangan anda. Lagipun Promosi Vita-Lea untuk bulan Februari masih berjalan !! PM/Whatsapp untuk dapatkan harga runtuh :)

Yasmin Hashim
SID
018-7749845





  

Tuesday, 4 February 2014

Isoflavone Dalam Kacang Soya Dan Kelebihannya

Assalamualaikum :)

Ingat tak entry yang lepas tentang kebaikan ESP saya ada menyatakan tentang Isoflavon yang terdapat dalam soya? Saya akan kongsikan serba sedikit.

sumber dari Google

Menurut kajian dari Oregon State University, kandungan isoflavones paling tinggi adalah terdapat dalam soya dalam diet pemakanan manusia. Walaubagaimanapun, kuantiti isoflavon yang didapati dari soya adalah bergantung kepada proses yang dilakukan ke atasnya. Dalam kajian yang dilakukan oleh universiti ini, soya yang diproses dengan alkohol mengalami kehilangan isoflavon yang tinggi berbanding dengan soya yang diproses dengan air (Dipetik dari sini) & (sini). 

Begitu juga dengan ESP di mana soya yang diambil dicuci dengan air supaya isoflavon yang bermanfaat di dalamya tidak hilang semasa proses tersebut dilakukan. [Kredit]

Isoflavone boleh bertindak menyerupai hormon estrogen iaitu hormon wanita. Oleh itu, ia boleh membantu untuk mengurangkan simptom-simptom menapouse seperti sering cepat marah, mood tak stabil, badan sering berpeluh, susah tidur malam dan lain-lain lagi. Jom tengok apa lagi kelebihan isoflavones ini:

1) Mengurangkan risiko penyakit jantung.
2) Melindungi dari masalah kanser prostate bagi lelaki.
3) Membantu mengurangkan risiko Osteoprosis.
4) Mengurangkan risiko kanser.
5) Membantu mengurangkan kolestrol.
6) Sebagai antioxidant yang mencegah kerosakan sel dari radikal bebas.

Jadi jika awak-awak semua nak cuba ESP ni, jangan malu dan segan untuk hubungi saya ya! :)

Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Distr.
018-7749845

Monday, 3 February 2014

Makanan Tambahan Saya Part 1

Assalamualaikum ! :)

Hari ni mula kerja setelah 3 hari bercuti sempena cuti Tahun Baru Cina. Nasib baik harini kerja tak banyak sangat. Mesti shipper banyak lagi yang masih cuti. Oh ye rasanya belum lambat lagi kan nak wish Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kaum Cina di Malaysia. 

Minggu-minggu lepas saya ada nak update pasal vitamin yang saya amalkan tapi akibat kemalasan yang teramat sangat haa baru harini lah dapat mengupdatenye. Kalau ada vitamin untuk kurangkan penyakit "M" tu rasanya saya orang yang pertama beli.

Jom saya kongsikan makanan tambahan yang saya ambil bermula dari 6 bulan lepas (2013).

ESP (Soy Protein Isolate Powder)


Semuanya bermula bila ramai kawan-kawan yang post pasal ESP ni dekat FB. Perasaan ingin tahu tu terlalu tinggi (cewaahh). Jadi saya pun menggoogle dengan lebih dalam lagi apa itu ESP. Banyak blogger-blogger yang terdiri daripada pengedar shaklee itu sendiri memberikan tulisan yang positif dengan menampal beberapa testimoni. Kulit jadi mulus la, glowing la, putih gebu la, kenyang sepanjang hari la, boleh turun berat badan la dan macam-macam lagi. Tapi saya bukanlah jenis yang percaya dengan testimoni. Apa yang saya belajar semasa bekerja di farmasi adalah setiap produk supplement/makanan tambahan takkan memberikan kesan yang cepat ataupun sekelip mata haa terus jadi cantik kau! Ianya hendaklah diambil secara berterusan. Jadi saya mengambil keputusan untuk mencubanya. Lagipun harganya agak murah jika dibanding dengan produk supplement kecantikan yang lain. (ya saya makan sebab nak cantik je hihi).

First day saya minum ESP ni adalah pada bulan Ramadhan tahun lepas (2013). Minum lepas sahur. Apa yang saya rasa seharian berpuasa tu tak letih, tak mengantuk, and the best part is Alhamdulillah masa terawih saya tak rasa mengantuk langsung. Kalau malam-malam sebelumnya rasa mengantuk teramat sangat tapi tidak pada malam tu. Alhamdulillah, mungkin juga sebab niat kita. Semua adalah ketentuan-Nya jua.

Sampai sekarang saya masih mengamalkan minum ESP ni. Saya suka minum campur dengan sunquick orange rasa segar je badan. Badan pun rasa bertenaga takdelah letih sangat. Kulit alhamdulillah semakin nampak perubahan rasa lebih halus, parut jerawat pun hilang sikit-sikit. Apa yang penting kita kena berusaha dan sabar. 

Jom kita tengok lagi apa istimewanya ESP ni yang membuatkan ianya produk paling laris di Shaklee:

1) Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.

2) Protein soya membantu mengurangkan kolesterol, memperbaiki tisu dan mengekalkan otot.

3) Mengandungi vitamin B penting-B1,B2,B3, B6- untuk tenaga, otak, saraf.


4) Mengandungi separuh keperluan kalsium harian iaitu 500mg untuk kekuatan gigi dan tulang.

5) Terdapat Genistin iaitu isoflavone yang dihasilkan daripada kacang soya yang boleh meniru sifat hormon estrogen.  Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid. (akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam entry berikutnya berkenaan apa itu Isoflavone).

6) Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.


Haa banyakkan keistimewaan dia. ESP bukan produk untuk wanita sahaja malah untuk semua orang tak kira lelaki dan perempuan dan harganya sangat MAMPU milik.

Ini adalah testimoni dari diri saya sendiri. Nak rasai sendiri kelebihannya? Meh hubungi saya di nombor berikut. Harga istimewa menanti anda ! :)

Yasmin Hashim
Shaklee Ind. Distr.
018-7749845

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.